Bahagian kargo syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, AirAsia telah diiktiraf dengan anugerah berprestij Air Cargo Industry Customer Care Award oleh 2016 World Air Cargo Awards yang berlangsung di Shanghai semalam.
World Air Cargo Awards adalah majlis anugerah yang meraikan kecemerlangan dalam industri kargo udara global ini dianjurkan oleh Air Cargo Week setiap tahun di Munich, Jerman dan Shanghai, China.
Ketua Kargo Kumpulan AirAsia, Kapten Chin Nyok San berkata,
“Kami berasa amat bangga kerana telah dianugerahkan ‘Air Cargo Industry Customer Care Award’ oleh World Air Cargo Awards. Terpilih oleh industri ini untuk menerima anugerah di mana kita diadili bersama syarikat penerbangan pengangkut kargo utama dunia yang lain adalah sangat bermakna. Kami amat mementingkan khidmat pelanggan dan kami menanam prinsip ini di dalam setiap orang yang terlibat di dalam bisnes kami.”
“AirAsia dan AirAsia X mengendalikan rangkaian laluan yang luas yang merangkumi 120 destinasi di 24 buah negara dengan lebih 1,000 frekuensi penerbangan sehari dalam Asia, Australasia, Afrika dan Timur Tengah. Ini memberi kelebihan bagi kami menawarkan pelanggan-pelanggan dengan langkauan yang lebih jauh, penghantaran tepat pada masanya dengan lebih banyak fleksibiliti dan paling penting, pada kos yang lebih rendah kerana kami beroperasi dengan pesawat komersil kami yang sedia ada,” tambah Kapten Chin.
Terdapat sembilan kategori yang dipertandingkan di Anugerah World Air Cargo yang berprestij ini, seperti ‘Air Freight Forwarder of the Year’ ke ‘Cargo Airline of the Year’. Di undi oleh mereka di dalam industri, anugerah diumumkan pada malam gala yang diadakan semasa Air Cargo China – salah satu pameran terbesar di dunia dan pameran perdagangan untuk industri pengangkutan udara.
Bahagian kargo AirAsia juga termasuk Redbox, kurier ekspres dan perkhidmatan penghantaran bungkusan yang dibangunkan dan dikendalikan oleh Kumpulan Syarikat penerbangan tersebut untuk sektor perniagaan dan pengguna biasa. Pelanggan Redbox boleh menikmati penghantaran yang pantas, konsisten dan tepat pada masanya dan juga penghantaran pintu ke pintu, juga boleh jejak dan kesan bungkusan.
Redbox menyediakan kemudahan penempahan secara online untuk para pelanggan melakukan penempahan, pembayaran dan perlindungan insuran. Selain dari penghantaran pintu-ke-pintu, pelanggan juga boleh ke mana-mana pusat khidmat dan terdapat lebih 300 kedai dan kiosk untuk penyerahan atau pengambilan konsaimen.