in

AirAsia Dapat Anugerah Sektor Integrasi Keutamaan Dalam Penerbangan

AirAsia dianugerahkan ‘Anugerah Sektor Integrasi Keutamaan dalam Penerbangan’ di Anugerah Perniagaan Asean Malaysia. AirAsia, syarikat penerbangan Asean telah dianugerahkan ‘Anugerah Sektor Integrasi Keutamaan dalam Penerbangan’ di Majlis Anugerah Perniagaan ASEAN Malaysia yang ke-6 (ABAM) dalam mengiktiraf prestasi dan pencapaiannya dalam sektor penerbangan.

Anugerah telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Dato’ Aziz Bakar, Ahli Lembaga Pengarah AirAsia Berhad di majlis makan malam gala yang telah dianjurkan di Kuala Lumpur semalam.

Anugerah Perniagaan ASEAN Malaysia ini adalah platform yang mengiktiraf dan menganugerahkan entiti perniagaan yang telah mencapai kejayaan dari segi inovasi, pembangunan, dan yang menuju ke arah pembangunan di rantau ini dan anugerah adalah pengiktirafan nasional kepada penerima bagi setiap kategori.

Anugerah ini turut melayakkan AirAsia sebagai wakil Malaysia dalam kategori yang sama di Anugerah Perniagaan ASEAN pada November akan datang.

Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X berkata “Kami mengucapkan setinggi penghargaan kepada panel juri kerana mengiktiraf usaha berterusan Kami dalam mempromosi integrasi dalam komuniti Asean. Kami sangat berbangga kerana Malaysia adalah Pengerusi ASEAN tahun ini dan sebagai syarikat penerbangan ‘Truly Asean’, kami komited dalam terus memberi sokongan terhadap inisiatif-inisiatif yang diambil bagi mencapai matlamat semasa tempoh mempengerusi ini.”

Anugerah Kecemerlangan Sektor Keutamaan Integrasi ini i diberikan hanya kepada syarikat dengan prestasi yang cemerlang dan kehadiran dalam sektor integrasi utama Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC). Ini termasuk mengiktiraf integerasi dan jaringan hubungan dalam perniagaan di ASEAN yang telah initiated dan telah disertai oleh penerima, dan penerima telah dikaji terlibat dalam 11 sektor Utama, terutama – produk berasaskan Agro, logistik, automatif, ICT, elektronik, perikanan, penjagaan kesihatan, produk berasaskan getah, tekstil, perlancongan dan produk berasaskan kayu.

AirAsia terbang ke semua sepuluh negara Asean dengan 160 laluan dalam rantau Asean, yang mana 49 dari jumlah itu,49 laluan adalah unik dari AirAsia, seperti Johor Bahru – Bandung, Lombok, Jakarta – Phuket, Penang – Surabaya dan banyak lagi.

Bagi mengikuti dengan lebih lanjut berita, aktiviti Dan promosi mengenai AirAsia ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RAKU Tawarkan Pengalaman Penstriman Muzik & Radio Berciri Tempatan

Canon Products Selected for Esteemed Technical Image