Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina, pihak pengurusan dan kakitangan AirAsia X Berhad telah mengadakan lawatan ke Rumah Orang-tuaAmpang di Kuala Lumpur hari ini.
Diketuai oleh Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad, kumpulan itu telah mengedarkan angpau dan hadiah hamper kepada para penduduk disitu sambil meluangkan masa yang bermakna bersama mereka.
Benyamin Ismail berkata, “Kami berasa gembira berada di sini hari ini untuk melawat warga rumah orang tua Ampang yang mempunyai pelbagai kisah hidup untuk dikongsi. Masa yang diluangkan bersama mereka amatlah bermakna dan kami berharap bahawa lawatan ringkas kami pada hari ini juga telah membawa keceriaan kepada mereka sempena perayaan Tahun Baru Cina ini. Kami percaya akan kepentingan untuk menyumbang kembali kepada komuniti dimana kami beroperasi dan akan terus berusaha untuk mencapai keseimbangan yang sempurna antara perniagaan dan memenuhi tanggungjawab sosial kami.”
Ditubuhkan pada tahun 1953, Rumah Orang Tua Ampang yang terletak di Kampung Baru Ampang ini menempatkan lebih 50 warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Rumah ini menjaga warga emas yang tiada ahli keluarga terdekat seperti suami atau isteri atau anak.
Terus kemas kini bersama promosi dan aktiviti terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia)
dan Facebook (facebook.com/AirAsia).