in

AirAsia Berlepas Ke Dhaka Semula

AirAsia berlepas ke Dhaka semula! Penerbangan harian ke Dhaka, Bangladesh dari Kuala Lumpur bermula semalam, satu permulaan semula yang baik bagi laluan ini.

AirAsia, Syarikat penerbangan terbaik dunia bagi tahun ketujuh berturut-turut telah memulakan semula penerbangan terus ke Dhaka, pusat bandar Bangladesh dari Kuala Lumpur semalam, yang kembali dengan muatan penerbangan yang memberansangkan bagi penerbangan sulungnya.

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata, “Kami sangat berbangga untuk kembali ke Dhaka dengan kejayaan penerbangan sulung semalam. Saat-saat seperti ini adalah satu kebanggaan bagi kami, melihat satu lagi penerbangan sulung yang berlepas yang juga menunjukkan satu lagi tambahan dalam jaringan penerbangan kami, menambah perhubungan kami yang terbaik di Asia dan lebih jauh lagi untuk para tetamu kami.”

“Malaysia dan Bangladesh mempunyai hubungan dua hala sedia ada yang kuat, terutama dalam perdagangan dan pelaburan, kami di AirAsia berbangga dapat memperkukuhkan lagi hubungan ini dengan memberi jaringan perhubungan antara kedua negara menerusi penerbangan harian ini dengan perkihidmatan terbaik dunia,” tambah Spencer

Dhaka sedang berkembang maju, penuh warna dan metropolis yang sibuk dengan kira-kira 18 juta populasi ini adalah salah satu bandar yang terbesar di dunia. Berlatar belakangkan sejarah yang amat penting, bahagian lama bandar ini, dikenali sebagai Old Dhaka atau Old Town, adalah kawasan di mana pelbagai warisan seni bina bermula dari sisa-sisa Empayar Mughal. Dibina pada abad ke-16, Bara Katra dan Chota Katra adalah dua struktur berharga era Mughal di Dhaka. Walaupun sudah berkurun lamanya, tinggalan istana dimensi monumental akan memberikan anda gambaran pintas ke era emas dari Empayar Mughal. Tempat menarik selain di Dhaka termasuk Lalbagh Fort, Ahsan Manzil Palace, dan beratus-ratus beca yang penuh warna berkeliaran di sekitar bandar.

AirAsia juga terus memudahkan proses penempahan bagi para tetamu. Laman web airasia.com kini menawarkan sistem tempahan yang telah dinaik taraf dengan ciri yang membolehkan pembayaran yang lebih cepat (Xpress booking), navigasi lebih mudah dengan butiran dan tambahan bagi menempah, dan juga keboleh untuk melihat semula carian yang telah dibuat terlebih dahulu! Bagi maklumat mengenai ciri-ciri laman web dan langkah-langkah mudah menempah layari airasia.com .

Terus kemas kini promosi dan aktiviti AirAsia melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan facebook (facebook.com/AirAsia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

UNIQLO & Hana Tajima Launches First Modest Wear Collection in Malaysia

Lawson Biography 2015