Perniagaan airasia beauty dilancarkan serentak di Malaysia dan Indonesia pada bulan April tahun ini menawarkan produk kecantikan terbaik yang merangkumi produk penjagaan kulit, solekan dan wangian untuk para pelanggan di airasia super app. Perkhidmatan penghantaran yang mulanya terhad di kawasan Lembah Klang, kini diperluaskan ke sebahagian besar Semenanjung Malaysia.
Lim Ben-Jie, Ketua e-dagang airasia super app berkata, “Pengembangan perkhidmatan penghantaran ke hampir seluruh Semenanjung Malaysia oleh airasia beauty adalah bertujuan memenuhi permintaan para pelanggan. Jualan Penghabisan Stok 6.6 airasia beauty baru baru ini amat menggalakkan dengan pelbagai produk yang ditawarkan habis terjual dalam masa beberapa jam sahaja. Antara soalan yang paling banyak diterima semasa jualan tersebut adalah mengenai perkhidmatan penghantaran ke negeri-negeri lain. Justeru, kami berusaha untuk menambah baik perkhidmatan untuk memenuhi penghantaran kepada pelanggan di negeri-negeri lain. Kami berharap untuk memperluaskan perkhidmatan penghantaran yang merangkumi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak tidak lama lagi.”
Bersempena dengan pengembangan perkhidmatan, airasia beauty menawarkan jualan ‘June PAYDAY Sale’ dengan diskaun sehingga 90% dan promosi jualan harian istimewa untuk produk terpilih dimana pembeli boleh menikmati Perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had untuk pembelian RM50 ke atas dari sekarang hingga 4 Julai.
Antara promosi yang ditawarkan oleh airasia beauty termasuk produk kecantikan kuku bebas-kekejaman oleh Dashing Diva X Jennie GLAZE Collection, di mana para pelanggan akan menerima lampu LED Dashing Diva secara percuma dengan setiap pembelian dua produk daripada koleksi tersebut dan diskaun sehingga 70% untuk produk Dashing Diva yang lain sehingga 2 Julai 2021.
Para pelanggan dari seluruh Semenanjung Malaysia boleh menikmati promosi ini dan pelbagai promosi lain dengan menekan pada ikon ‘Beauty’ di airasia super app atau layari airasia.com/beauty.
Untuk maklumat dan tawaran e-dagang terkini di airasia super app (airasia beauty, airasia food, dan airasia fresh), ikuti @airasiadelivers di Instagram dan Facebook hari ini.