in

AirAsia Tawar Tambang Tetap Rendah Penerbangan Lewat Malam Balik Raya

Airasia Tawar Tambang Tetap Rendah Untuk Penerbangan Lewat Malam Balik Raya

SEPANG, 6 Jun 2018 – Sebagai syarikat penerbangan untuk semua, kami berbesar hati untuk menawarkan penerbangan lewat malam istimewa Balik Raya untuk memenuhi permintaan perjalanan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Pulang beraya dengan tambang rendah tetap RM99 untuk laluan terpilih dalam Semenanjung Malaysia dan RM149 dari Kuala Lumpur ke Kuching, bermula dari 12 hingga 19 Jun 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Selalunya tambang akan naik apabila permintaan meningkat. Tetapi, kami ingin memastikan rakyat Malaysia dapat pulang untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan orang yang tersayang. Kami mendengar permintaan rakyat untuk penerbangan tambang rendah, justeru kami berbesar hati untuk mengumumkan penerbangan tambahan dengan tambang tetap RM99* untuk laluan terpilih di Semenanjung Malaysia dan RM149* untuk laluan antara Kuala Lumpur dan Kuching.”

“Selain itu, pada bulan lepas kami telah menambah 43 kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuching untuk Hari Raya. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa yang terlibat terutamanya Malaysia Airports Holding Berhad atas sokongan mereka,” tambah beliau.

Penerbangan Balik Raya istimewa ini hanya untuk tempahan baharu sahaja dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

Para tetamu yang akan membuat perjalanan di musim perayaan ini dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan, dan menggunakan perkhidmatan daftar masuk melalui laman web dan aplikasi mudah alih untuk kemudahan mereka. Perkhidmatan tersebut boleh didapati 14 hari dan sehingga 1 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.

Bagi para tetamu yang mempunyai bagasi daftar masuk, mereka dinasihatkan untuk tiba lebih awal untuk memastikan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk mendaftar masuk bagasi mereka sebelum ke pintu masuk. Kaunter daftar masuk di klia2 bagi kedua-dua penerbangan antarabangsa dan domestik akan ditutup enam puluh (60) minit sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review + Discount Code: Sebab Korang Patut Beli SUDIO Nivå

OPPO Find is Back