Pantai Wikiki terkemuka di dunia hanya RM700*
AirAsia X akan memulakan operasi penerbangan sebanyak tujuh kali seminggu ke Honolulu, Hawaii dari Kuala Lumpur, Malaysia melalui Osaka, Jepun dari 16 Ogos 2018 ekoran permintaan yang tinggi dari Asia Tenggara, dengan promosi terkini dari RM700 sehala termasuk cukai.
Tetamu boleh mendapatkan jualan tambang terhad ke Honolulu dari 28 Mei 2018 sehingga 3 Jun 2018 untuk tempoh perjalanan dari 18 Ogos 2018 sehingga 13 Ogos 2019 melalui airasia.com. Tempat duduk AirAsia X yang telah memenangi anugerah dunia, Premium Flatbed turut ditawarkan dengan jualan murah hanya dari RM2,999* sehala termasuk semua sepanjang tempoh promosi – sebahagian kecil daripada kos tambang kelas bisnes bagi syarikat penerbangan khidmat penuh di laluan yang sama.
Ketua Kumpulan Komersial AirAsia X Barry Klipp berkata “Penerbangan sulong ke Honolulu tahun lalu dengan tambang rendah yang menakjubkan telah meningkatkan permintaan dan menarik minat dari rantau Asia Tenggara. Dalam masa kurang dari setahun, pasaran ini berkembang pesat dan kami gembira untuk menawarkan penerbangan harian yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Honolulu untuk memenuhi permintaan yang meningkat dan meningkatkan pelancongan di kedua-dua rantau.
“Kami kekal sebagai satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah dunia yang menawarkan tempat duduk yang mampu direbahkan 180 dan memberi pengalaman premium tambang rendah terbaik di udara untuk harga yang hampir sama bagi tempat duduk ekonomi syarikat di syarikat penerbangan perkhidmatan penuh untuk laluan sehenti yang hampir sama. Jualan murah akan berakhir tidak lama lagi. Justeru, kami mengalu-alukan mereka yang mahu tambang dengan nilai berbaloi untuk segera mendapatkannya,” ujar beliau.
AirAsia X kini beroperasi sebanyak empat penerbangan empat seminggu dari Kuala Lumpur ke Honolulu, Hawaii dengan satu hentian di Osaka, Jepun. Tetamu yang membuat transit di Osaka tidak memerlukan visa Jepun semasa hentian selama dua jam, dan boleh kembali ke tempat duduk masing-masing di dalam pesawat selepas pemeriksaan keselamatan ke atas sebarang barangan atau bagasi yang dibawa ke dalam kabin.
Tetamu juga boleh menggunakan perkhidmatan Fly-Thru AirAsia untuk berhubung dengan lancar ke Honolulu dari bandar-bandar lain di dalam rangkaian penerbangan AirAsia dan AirAsia X dengan hanya satu hentian.
Hawaii, yang digelar sebagai syurga Pasifik, dibentuk daripada lapan pulau yang terletak di tengah-tengah Lautan Pasifik. Terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan dan budaya asli yang unik, syurga tropika adalah satu-satunya negeri AS yang terletak di Oceania.
Honolulu, merupakan ibu kota Hawaii yang terletak di pulau yang berpopulasi tertinggi, pulau O’ahu yang boleh bermegah dengan pantai yang indah termasuk pantai terkemuka dunia, Wakiki yang pada satu ketika dahulu merupakan kawasan rumah peranginan untuk raja dan permaisuri Hawaii.
Dapatkan informasi AirAsia mengenai aktiviti dan promosi terkini melalui Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).
*Tambang sehala termasuk semua cukai dan yuran. Tertakluk kepada terma dan syarat.