in

AirAsia Anjur Gerakan Kesedaran Alam Sekitar Green24

AirAsia meneruskan inisiatif kesedaran alam sekitarnya dengan tema #GREEN24 yang julung kali dilancarkan November lalu dengan gerakan kesedaran alam sekitar 24-jam bagi mendidik dan mempromosi kesedaran terhadap perubahan iklim, sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat syarikat penerbangan itu di rantau Asean.

Tony Fernandes menjemput orang ramai untuk menyertai #GREEN24, gerakan kesedaran alam sekitar AirAsia

[dropcap]S[/dropcap]yarikat penerbangan itu telah mengeluarkan satu video jemputan khas oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes menjemput orang ramai untuk menjadi lebih proaktif dalam melindungi alam sekitar dan bumi.

Dalam video ini, yang boleh ditonton di saluran Youtube AirAsia, Tony Fernandes berkata,

“Di rantau ini, tidak ramai tahu mengenai isu-isu yang timbul akibat perubahan iklim. Justeru, kami berpendapat bahawa cara yang terbaik adalah dengan memberitahu orang ramai mengenai isu ini. Ramai di antara kita tidak menyedari kesan dari ketidaksedaran menjaga alam sekitar bagi jangka waktu panjang, tetapi di AirAsia kami telah melihat kesan-kesan yang timbul akibat perubahan iklim seperti Taufan Haiyan yang melanda Tacloban di Filipina, banjir yang berlaku di serata rantau ini dan perubahan iklim yang ketara semenjak dua hingga tiga tahun kebelakangan ini.”

“Kita sentiasa menjaga orang tersayang dan kita juga sentiasa mengutamakan mereka dalam perkara-perkara yang ingin kita lakukan. Namun, sudah tiba masanya untuk kita juga mengutamakan bumi kita. Sudah tiba masanya untuk kita memberitahu dunia supaya menjaga planet ini dengan lebih baik, yang juga merupakan tempat tinggal kita,” tekan Tony Fernandes lagi.

Aktiviti utama #Green24 akan diadakan dari 29 hingga 30 Januari 2016 di seluruh negara di mana Kumpulan AirAsia beroperasi, menjemput masyarakat di seluruh rantau ini menyertai usaha menggalakkan tindakan menjaga alam sekitar di rumah masing-masing, tempat kerja dan negara secara amnya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen #Green24 ini dan juga cara bagaimana untuk menyertainya dengan melawat airasia.com/green24

Aktiviti awal yang telah diadakan pada bulan November 2015 menyaksikan lebih 150 sukarelawan dari seluruh Kumpulan Syarikat AirAsia dan Tune berkumpul bersama-sama untuk membersihkan air terjun Kanching di Rawang. Lebih 600kg sampah telah dikutip dalam masa jangka singkat selama 90 minit yang dibersihkan sewaktu aktiviti membersihkan air terjun ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang MET10 Awards 2016

THR Raaga Celebrated Ponggal with More Than One Thousand Fans