AirAsia, Syarikat Penerbangan tambang rendah terbaik dunia bagi tempoh tujuh tahun berturut-turut kembali dengan promosi ikonik tempat duduk percuma* yang memberi peluang kepada tetamunya untuk melancong dengan tambang asas RM0 dengan 3 juta tempat duduk promosi ke lebih dari 100 destinasi di serata 20 negara di Asia dan Australia bagi kedua penerbangan AirAsia dan AirAsia X.
Promosi ini tersedia untuk tempahan dari 7 ke 13 September 2015 bagi tempoh perjalanan dari 1 Mac hingga 29 Oktober 2016 di airasia.com, applikasi mudah alih AirAsia bagi iPhone dan peranti Android, begitu juga laman mudah alih mobile.airasia.com. Bagi permulaan 24 jam lebih awal, ahli AirAsia BIG dan pengguna kad AirAsia ezpay boleh menikmati tebusan penerbangan bagi tempat duduk percuma* di laman airasiabig.com atau di airasia.com.
Promosi tempat duduk percuma* bagi AirAsia dan AirAsia X kembali lagi!
3 juta tempat duduk promosi juga tersedia, tempah dari 7 – 13 September bagi tempoh perjalanan dari 1 Mac hingga 29 Oktober 2016
Sementara mereka yang mencari tawaran terbaik boleh jimat sehingga 50% atau lebih apabila mereka menmpah penginapan bersama tempat duduk percuma* di AirAsiaGo.com. Keutamaan akses ke promosi ini akan bermula 24 jam lebih awal pada jam 0001 pada 6 September 2015 bagi tempoh tempahan dan perjalanan yang sama seperti di atas.
Ketua Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata,
“Kami berbangga menjadi peneraju perjalanan tambang rendah dan kami berharap semua boleh mengambil kesempatan ini dengan promosi 3 juta tempat duduk termasuk Premium Flatbed terbaik dunia kami bagi pernerbangan AirAsia X.â€
“Sebagai kumpulan, kami telah memperkenalkan 9 laluan baru tahun ini, yang mana 6 adalah laluan unik yang hanya dioperasi oleh Kumpulan AirAsia seperti dari Kuala Lumpur ke Pontianak, Goa, Kaohsiung, Sapporo, dan baru minggu ini kami melancarkan Changsha, menambah lagi nilai bagi pusingan promosi tempat duduk percuma* kali ini bagi tetamu kami yang akan memberikan tetamu kami lebih banyak pilihan,” tambah Siegtraund.
Tetamu boleh juga menggunakan pilihan perkhidmatan Fly-Thru bagi berhubung ke hab transit AirAsia dengan bagasi mereka di daftar masuk terus ke destinasi terakhir dengan mudah dan tidak perlu lagi melalui Imigresen. Menerusi pilihan ini, tetamu boleh ke dengan lebih mudah antara bandar-bandar Asia dan Australia seperti Pulau Pinang ke Sydney melalui Kuala Lumpur, mendekatkan bandar pelabuhan indah tersebut hanya satu henti sahaja.
AirAsia terus mencari cara membuatkan pengalaman menempah penerbangan lebih mudah dan sepantas yang mungkin. Laman syarikat penerbangan ini di airasia.com sekarang menawarkan sistem tempahan yang lebih canggih dengan ciri yang memudahkan pembayaran lebih pantas (Xpress booking), navigasi lebih mudah dengan kebolehan melihat semula butir dan perkhidmatan tambahan bagi tempahan anda, begitu juga kebolehan mencari semula carian terakhir anda! Untuk maklumat lanjut mengenai ciri laman terbaru, dan panduan langkah-langkah menempah, layari airasia.com hari ini.
Terus kemas kini dengan promosi terkini AirAsia dan aktiviti menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).