[dropcap]M[/dropcap]asakan ibu adalah masakan yang paling sedap. Begitu selalunya dikatakan orang. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama. Rindu masakan ibu yang sukar ditandingi. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh gaya hidup yang sibuk, kaum ibu kini kurang meluangkan masa di dapur dan tidak banyak menghabiskan masa yang bermutu bersama ahli keluarga mereka.
[pullquote align=”right”]Melimpahkan Kasih Sayang Hidangan Ibu. Planta dan Wanita Hari Ini menggalakkan kaum ibu Malaysia untuk memasak lebih kerap melalui segmen TV terbaru – Air Tangan Ibu[/pullquote]
Oleh sebab ini, Planta, dengan kerjasama Wanita Hari Ini, sebuah rancangan bual bicara Melayu yang dikenali ramai, memperkenalkan Air Tangan Ibu, sebuah segmen televisyen baru untuk menekankan kepentingan masakan rumah dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.
Air Tangan Ibu dibawakan sempena bulan Ramadan. Pada bulan yang mulia ini, ahli keluarga biasanya berkumpul dan berbuka puasa bersama setelah seharian menjalani ibadah puasa. Ini merupakan peluang keemasan bagi kaum ibu untuk memasak dan menjamu hidangan bersama keluarga tersayangnya. Dengan itu, ia membolehkan keluarga mencipta detik-detik manis sambil mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga.
Victor Leow, Pengurus Jenama , Kategori Makanan & Minuman, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. berkata:
“Planta bukan sekadar bahan kandungan penting di dapur. Selain daripada usaha kami dalam membantu kaum ibu menyediakan makanan yang lazat dan berkhasiat, kami juga berharap dapat membawakan detik dan kenangan indah bagi seisi keluarga. Tiada masakan yang akan dapat menandingi kualiti masakan ibunya yang dilimpahkan dengan perisa cinta.”
Kolaborasi ini melambangkan persamaan nilai-nilai yang dikongsi oleh Planta dan Wanita Hari Ini, iaitu untuk menyerlahkan kesucian kasih sayang ibu dan menerapkan nilai-nilai kekeluargaan. Rancangan Air Tangan Ibu bukan sahaja memaparkan kasih sayang seorang ibu, ia turut menekankan kepentingan ikatan kekeluargaan dan penghargaan terhadap masakan ibu di rumah yang mudah namun begitu lazat.
Kata Siti Hatija Yusoff, penerbit eksekutif Wanita Hari Ini (WHI), TV3.
“Kami di TV3, terutamanya di Wanita Hari Ini sentiasa mempertengahkan kepentingan kekuatan perhubungan antara keluarga. Salah satunya adalah melalui masakan dari air tangan ibu sendiri. Pepatah mengatakan bahawa tidak ada masakan yang terhebat dan terbaik selain daripada air tangan ibu. Apatah lagi pada bulan Ramadan ini, di mana waktu inilah seisi keluarga akan berkumpul menikmati juadah bersama-sama untuk berbuka, bersahur dan pastinya dari resipi dan masakan dari air tangan ibu menjadi pilihan. Segmen ini akan berkongsi resepi air tangan ibu yang dapat merapatkan lagi silaturahim kekeluargaan bukan sahaja antara anak dan ibu tetapi juga antara suami dan isteri. Air Tangan Ibu juga bakal berkongsi resepi-resepi istimewa selebriti bersama-sama ibu mereka seperti antara lain Tasha Shila dan Nabil untuk berbuka dan bersahur.”
Pada pelancaran rancangan Air Tangan Ibu, tetamu jemputan, selebriti chef Anis Nabilah Umaruddin telah menjemput ibunya ke studio dan berkongsi cerita bersama penonton tentang air tangan ibunya dan kepentingan air tangan dalam hidupnya. Selepas itu, pelakon dan penyanyi popular, Ifa Raziah, serta ibu mertuanya telah dijemput ke pentas untuk memasak resipi kegemaran mereka, Nasi Goreng Planta.
Segmen tersebut akan terus dipaparkan dalam sembilan episod Wanita Hari Ini. Dalam setiap episod, seorang tetamu selebriti akan dijemput untuk berkongsi pengalaman air tangan ibu mereka di dapur. Selain itu, rakyat Malaysia dapat menyaksikan selebriti kegemaran mereka memasak resipi-resipi kegemaran mereka.
Bermula dari 8 Julai sehingga 6 Ogos, penonton di Malaysia dapat menikmati segmen menarik ini, Air Tangan Ibu, di TV3 pada rancangan Wanita Hari Ini setiap Isnin hingga Jumaat, dari 12 tengah hari sehingga 1 tengah hari.
Tentang Planta
Planta merupakan jenama marjerin terkemuka di Malaysia. Planta merupakan jenama Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikenali ramai di Malaysia, sering digunakan untuk membuat kuih-muih dan kek, sapuan roti dan masakan untuk lebih dari 80 tahun. Kini, Unilever Malaysia mempunyai portfolio yang memaparkan 13 jenama utama termasuklah produk makanan seperti Lipton, Knorr, Lady’s Choice, Wall’s dan Planta, produk penjagaan diri seperti Sunsilk, Dove, Lux, Clear, Lifebuoy, Fair & Lovely dan Rexona serta produk penjagaan rumah seperti Breeze. Kebanyakan jenama ini juga merupakan peneraju bagi kategori masing-masing.
Mengenai TV3
Sejak penubuhannya pada tahun 1984, Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai TV3, stesen swasta siaran terestrial nombor satu di Malaysia telah berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai stesen televisyen peneraju utama di negara ini. TV3 memantapkan kedudukannya dengan pelaburan berterusan dalam menyediakan program berkualiti bagi tiga segmen penonton utama – Pasaran Massa, Wanita, Kanak-kanak dan Remaja dan juga dengan memperkenalkan konsep-konsep baru yang relevan kepada penonton dan situasi semasa.