Budiey tabik spring dengan pelakon Ainul Aishah yang mana pada petang semalam telah melancarkan single pertamanya The Old Him. Kesungguhan, minat dan komited beliau sangat jelas terpancar dari raut wajahnya. Gigih betul Ainul Aishah untuk menapak dirinya sebagai seorang penyanyi walaupun pada sidang media itu Budiey ada dengar banyak kritikan dari media. Namun, bagi pelakon yang kini berusia 25 tahun ini masih tetap dengan pendiriannya ingin menjadi penghibur. Itu azam Ainul Aishah.
Kesungguhan dapat dilihat dari pembikinan lagu sehinggalah konsep hari pelancaran di Map KL, Solaris Dutamas siang tadi, semuanya adalah hasil kerja keras Ainul Aishah. Segala perbelanjaan untuk menghasilkan single ini dibuat 100% dari Ainul.
Beliau memilih muzik genre pop rock dan golongan remaja menjadi golongan sasaran untuk lagunya. Sesuai dengan jiwa muda Ainul sekarang ini. Ainul Aishah adalah artis naungan Aquila Emas yang pertama bergelar penyanyi. Walaupun sebelum ini, ada artis di pengurusan yang sama iaitu Tony Eusoff dan Serina Redzuawan juga turut menghasilkan single tapi terpaksa ditangguh dulu kerana masalah karier dan peribadi.
Saat single The Old Him yang dicipta oleh beliau sendiri disaksikan oleh kedua ibu, pihak pengurusan dan juga media. Tahniah Budiey ucapkan buat Ain. Budiey harap Ainul dapat menerima kritikan pedas dan negatif sebagai satu loncatan dan pembakar semangat untuk mencapai tahap yang lebih baik. Kalau dilihat, dulu Ziana Zain pun dikritik hebat juga sebab tak dapat bawa lagu secara live. Tapi tengoklah Ziana sekarang ini. Tiada siapa berani nak kritik.
Ainul mengaku bahawa beliau menyanyi tanpa mengikuti sebarang kelas vokal. Namun, kalau takde aral melintang, Ainul cakap dia akan belajar vokal pada bulan Disember ini. Setakat ini, Ainul belajar vokal sendiri dengan dibantu oleh penerbit AJ Pop Shuvit. Ainul juga ada belajar teknik pernafasan atau projection yang betul di kelas teater.
Single The Old Him menjadi kayu ukur untuk Ainul Aishah menempa nama sebagai penyanyi dan beliau kata, kini sudah bersedia untuk menerima apa sahaja kritikan daripada peminat dan media.Ainul serah kepada pendengar untuk menilai vokalnya.Jika ada yang cakap Ainul nyanyi tak sedap, Ainul akan senyum sahaja kerana beliau percaya dengan apa yang dilakukannya adalah untuk memperjuangkan minatnya. Ainul akan berhenti nyanyi jika sampai satu masa semua cakap, Ainul perlu berhenti.
Agak unik dan pelik kerana Ainul Aishah memilih lagu bahasa Inggeris sebagai single pertamanya. Adakah Ainul begitu yakin lagu ini akan memberi impak di saat bermulanya sebagai penyanyi?
Lagu The Old Him diilhamkan dari kisah hidupnya dan ditujukan khas untuk insan yang begitu rapat dengannya.
Selain lagu ini, Ainul merancang untuk menerbitkan lagu lain iaitu Don’t Worry Honey dan You Make Me Wanna Die.
Pada sidang media itu juga, Ainul Aishah telah memperdengarkan beberapa buah lagu lain dengan iringan gitar dari D’mamat dan rakan yang lain.