“Mempunyai potensi yang besar dalam bidang ini.” Itulah antara komen juri untuk Da’i Aini selepas menyampaikan tazkirahnya yang bertajuk Janji Tinggal Janji. Selepas empat minggu berentap, Da’i Aini peserta tunggal wanita yang meneruskan dakwahnya selepas penyingkiran Da’i Aishah terpaksa akur dengan keputusan dan menamatkan perjuangannya di pentas Da’i.
Episod kelima program realiti keagamaan TV3, Da’i Pendakwah Nusantara menampilkan hanya sembilan peserta Da’i untuk meneruskan perjuangan. Da’i Saiful, Da’i Irfan, Da’i Aini, Da’i Hazman, Da’i Azrin, Da’i Nasrul, Da’i Syed, Da’i Niezal dan Da’i Ahmed telah menyampaikan tazkirah selama tiga minit yang bertemakan ”Akhlak Mulia – Refleksi Diri” pada malam Ahad yang lalu.
Ada Sebab Da’i Aini Tersingkir dari Da’i Pendakwah Nusantara
[dropcap]E[/dropcap]mpat peserta Da’i yang berjaya mendapat markah penuh dari panel juri awam ialah Da’i Ahmed dengan tajuknya Amanah vs Khianat, Da’i Nasrul dengan tajuknya Katalah Yang Benar, Da’i Syed dengan tajuknya Sebarkan Salam dan juga Da’i Niezal, Malu Yang Hilang.
Sesi imtihan telah diadakan pada penghujung rancangan bagi menentukan siapa peserta yang tersingkir. Tiga peserta yang mendapat markah paling rendah selepas persembahan tazkirah iaitu Da’i Irfan, Da’i Saiful dan Da’i Aini perlu menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh panel juri profesional.
Setiap jawapan yang betul diberikan 5 markah manakala jawapan yang salah pula ditolak 5 markah. Sayangnya Da’i Aini gagal mengumpul markah yang lebih tinggi dan dia merupakan peserta Da’i ketiga yang disingkirkan.
Sementara itu, para Da’i telah menyertai satu aktiviti kemasyarakatan dengan Pengasas ALMAS Beauty & Health, Datin Hajah Maziah Bin Haji Mohamed yang melawat dan memberi sumbangan di Pusat Jagaan Al Fikrah Malaysia pada 15 Ogos 2016 yang lalu. Terletak di Kampung Sungai Sekamat Kajang, Selangor, pusat tersebut menempatkan lebih 70 orang golongan kurang upaya dan warga tua yang berusia dalam lingkungan usia 18 sehingga 90 tahun.
[pullquote align=”right”]Walaupun hanya meluangkan masa selama 2 jam, keprihatinan para Da’i dan Datin Maziah telah menghiburkan dan menceriakan hati penghuni di situ.[/pullquote]
Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-4 yang dicergaskan oleh Almas Beauty & Health… Penghulu Segala Produk bersiaran secara langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam. Fokus kepada golongan muda yang berkebolehan untuk berdakwah secara berhikmah, Da’i Pendakwah Nusantara yang mempunyai 12 episod menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 dan sebuah trofi sekaligus merangkul gelaran juara musim keempat ini.
Musim baharu ini menampilkan Datuk Rosyam Nor sebagai hos, Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail sebagai hos bersama dan Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai Mursyid (ketua mentor) yang akan memantau secara keseluruhan prestasi para peserta sambil dibantu oleh dua orang Murabbi (mentor) iaitu Ustaz Zul Ramli Mohamad Razali dan Dr. Robiah K. Hamzah.
Antara topik yang telah dipersembahkan oleh 9 peserta Da’i ialah:
Nama peserta | Topik |
Da’i Ahmed (Ahmed Ibrahim bin Ahmad)
Sungai Besar, Selangor 23 Tahun Diploma hafiz & hadith di kolej Darul Quran JAKIM |
AMANAH vs KHIANAT
Rasulullah s.a.w, bersabda,“Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (HR Ahmad) |
Da’i Hazman (Mohd Hazman Yani bin Ahmad)
Alor Setar, Kedah 29 Tahun Ijazah Sarjana Undang – undang Universiti Kebangsaan Malaysia |
JANGAN MARAH
Manusia memang tidak akan lari dari mempunyai sikap marah. Namun, sikap marah bukanlah jalan penyelesaiannya bahkan akan merumitkan lagi keadaan. |
Da’i Azrin (Azrin bin Md Isa)
Bagan Serai , Perak 20 Tahun Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah kebangsaan Agama |
BERBAIK SANGKA
Bersangka baiklah kepada semua orang, kerana sangka baik itu menguntungkan semua pihak dan perbuatan tersebut adalah perbuatan mahmudah. |
Nama peserta | Topik |
Da’i Saiful (Mohamad Saiful bin Marzuki)
Permatang Pauh, Pulau Pinang 18 Tahun Sijil Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah kebangsaan Agama Al Irshad, Pulau Pinang |
SABAR & REDHA
Ada dua (maqam) sifat hati dan tingkatan sikap seorang hamba apabila ia ditimpa sesuatu ujian dan musibah; yakni redha dan sabar. |
Da’i Aini (Wan Nuraini binti Wan Rosdi)
Johor 21 Tahun Ijazah Sarjana Muda Fiqh & Fatwa (kepujian), Universiti Sains Islam Malaysia |
JANJI TINGGAL JANJI
Setiap orang muslim diwajibkan untuk menunaikan atau menepati janji. Orang yang tidak menepati janji adalah salah satu ciri orang munafik. |
Da’i Nasrul (Muhammad Nasrul Nizam bin Zamry)
Pasir Mas, Kelantan 20 Tahun Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan (agama) Falahiah |
KATALAH YANG BENAR
Berkatalah yang benar walau itu pahit. Kebenaran tetap diterapkan walau ada celaan dan ada yang tidak suka. |
Da’i Syed (Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail)
Arau, Perlis 21 Tahun Diploma Dirasat Islamiyyah, Kolej Maahad Buuth Al Islamiyah Kaherah, Mesir |
SEBARKAN SALAM
Salam adalah ucapan ahli syurga, jadi jika kita ingin ke syurga Allah perlulah mempraktikkan amalan ahli syurga. |
Da’i Irfan (Mohd Nourul Irfan bin Niamat)
Kedah 25 Tahun Sijil Tinggi Agama Malaysia di Madrasah taklimiah Khaiririah |
P.H.D.
Tanda adanya hasad dengki dalam diri kita ialah apabila orang lain dapat kejayaan kita sakit hati dan orang lain dapat bencana kita senang hati. |
Da’i Niezal (Mohd Sufwan Niezal bin Sabri)
Terengganu 19 Tahun Diploma Dakwah & Pengurusan di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah, Pahang |
MALU YANG HILANG
Malu adalah sebahagian daripada iman. Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim yang beriman. |
Diploma Dakwah Pengurusan di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah, Pahang MALU YANG HILANG Malu adalah sebahagian daripada iman. Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim yang beriman.
Pada setiap minggu, para peserta perlu menyampaikan tazkirah selama 3 minit mengikut topik yang telah ditetapkan secara berhikmah dengan gaya tersendiri dan penampilan menarik. Persembahan mereka dinilai oleh dua juri tetap profesional iaitu Ustaz Dr Izhar Ariff dan juga Ustaz Zarifi. Pemarkahan peserta terbahagi kepada 70% (juri profesional), 20% (murabbi – Ustaz Zul Ramli & Dr. Robiah K. Hamzah) dan 10% daripada juri awam.
Panel juri awam pada episod yang lepas terdiri daripada Datin Maziah, pengasas Almas Beauty & Health, Ashraf Muslim, Aiman Banna, Ezaq Kool FM, Da’i Luqman, Da’i Wan, Hazrena Kasim (WHI), Bella Yunus dan Lufya.
Sidang produksi Da’i Pendakwah Nusantara diketuai oleh Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail selaku penerbit eksekutif dan Shukri Ibrahim sebagai penerbit. Saksikan Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-4 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 10.30 malam (siaran ulangan pada setiap hari Jumaat berikutnya pada pukul 10 pagi) dan rancangan Jurnal Da’i yang memaparkan aktiviti kelas bersama Murabbi (mentor) dan Mursyid, persediaan peserta serta emosi dan personaliti peserta pada setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 7.58 malam. Da’i Pendakwah Nusantara dimeriahkan lagi dengan rakan ukhwah iaitu stesen radio Kool FM dan portal video tonton.
Penonton boleh melayari www.tv3.com.my/dai untuk paparan video-video ekslusif, mengundi peserta pilihan kegemaran anda dan juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik di kuiz mingguan. Pada episod yang lalu juga, Da’i Saiful sekali lagi mendahului peserta Da’i yang lain diikuti dengan Da’i Aini, Da’i Syed, Da’i Azrin dan Da’i Nasrul menjadi Da’i pilihan penonton.
Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia.Gunakan hashtag #DaiTV3 untuk hangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman sosial. Penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui tonton di www.tonton.com.my.
Mengenai TV3
Sejak diperkenalkan pada tahun 1984, TV3 sentiasa relevan dan memberi nilai kepada penontonnya menerusi pelbagai program yang merangkumi berita dan isu semasa, kemasyarakatan, keagamaan, majalah dan dokumentari, hiburan, sukan dan drama. Terus mengekalkan kedudukannya sebagai stesen TV Premium Mass Malay, TV3 masih mengekalkan kedudukannya sebagai stesen televisyen nombor satu Malaysia dengan memaparkan program-program berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin, Nona, Majalah 3, Wanita Hari Ini (WHI) dan Malaysia Hari Ini (MHI). Tambahan lagi TV3 tetap berjaya menyentuh jutaan penonton melalui slot-slot drama Akasia, Lestary, Azalea, Aksi, Samarinda, Iris, dan Cerekarama serta pelbagai kempen seperti Karnival Jom Heboh dan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL).
Mengenai Almas Beauty & Health
Hampir sepuluh tahun Almas bertapak sebagai pengeluar produk kecantikan dan kesihatan. Berbekalkan moto CANTIK, CERAH, GEBU, Almas mengeluarkan Jus Nusantara yang digelar Penghulu Segala Produk. Istimewanya Jus Nusantara adalah gandingan bahan-bahan sunnah dan herba-herba tempatan seperti Delima, Habbatussauda, Madu, Kurma dan Temulawak, Halia Bara, Cekur, Kunyit, Kulit Kayu Manis dan lain-lain yang berfungsi memelihara kesihatan dan melalui kaedah pengilangan bertaraf GMP, suci dan selamat. Testimoni kami telah merasai sendiri keberkesanannya dan memperoleh hasil menakjubkan, cepat dan hebat. Untuk pengguna yang bermasalah serta mereka yang mementingkan kesihatan, bolehlah mencuba Jus Nusantara.