in

Aina Suzaily Kongsi Khasiat Herba dalam Herba Dapur

AINA SUZAILY, PENYAMPAI IKON RTM AJAK KONGSI KHASIAT HERBA DI TV1

Gerak langkah pemilik nama sebenar Aina Suzaily M. Zailanny yang telah berjaya bergelar juara Penyampai Ikon pertama RTM pada tahun 2009 lalu sememangnya diakui agak perlahan dalam lapangan bidang pengacaraan. Hakikatnya kejayaan manis yang pernah terlakar dalam hidupnya setelah mengalahkan 6 finalis yang lain iaitu Khairul Faizi Dalail, Beatrice Krishnan, Mohamed Shahril Sarapudin, Siti Aisyhah Baslie dan Hazel Desmond dalam program realiti TV yang berkonsepkan pengacaraan dan wartawan penyiaran itu membuka peluang kepada anak jati kelahiran Kelantan ini muncul sebagai pembaca berita dan pengacara di RTM.

Terbaharu Aina Suzaily si tinggi lampai yang murah dengan senyuman ini muncul mengacarakan sebuah program yang memberi informasi tentang dunia herba yang terdapat di negara kita. Ia menggabungkan pelbagai pengetahuan bukan sahaja daripada segi jenis-jenis herba malah juga tentang khasiatnya, tempat asal dan tahukah anda pokok-pokok herba ini boleh dijadikan lanskap yang indah untuk menghiasi taman rumah anda?

aina suzaily

Aina Suzaily M. Zailann

Program diisiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk Herba Dapur ini telah pun mula bersiaran sejak 19 Mac 2011 lalu, jam 10.30 pagi, setiap Sabtu di layar kaca TV1.

Rancangan majalah Herba Dapur dalam 13 episod siarannya memaparkan bagaimana membuat landskap rumah dengan menggunakan pokok-pokok herba atau lebih dikenali dengan landskap herba. Pokok–pokok herba yang dipilih untuk setiap episod boleh digunakan untuk perubatan dan masakkan. Program ini dikendalikan oleh Aina Suzaily yang turut ditemani oleh seorang pereka landskap untuk setiap episod. Menariknya sebanyak 3 – 5 jenis pokok herba akan digunakan dan paparkan dalam setiap episod siarannya.

Dalam episod pengenalannya, pokok herba Nenas Kerang dan Kacip Fatimah telah dipilih untuk digunakan. Program ini mempunyai segmen pakar herba dimana seorang Pakar Herba akan menerangkan kepada penonton mengenai khasiat dan kegunaan pokok herba yang dipaparkan dalam setiap episod. Di akhir rancangan tuan rumah akan menunjukkan cara menggunakan Nenas Kerang / Kacip Fatimah sebagai perubatan atau dalam masakkan.

Menyusul dalam episod dua pula, program ini menjurus kepada memperkenalkan pokok herba ati – ati dan sambung nyawa yang sememangnya popular di kalangan masyarakat kampung yang mementingkan kesihatan tradisional. Di akhir rancangan tuan rumah akan menunjukkan cara menggunakan pokok herba Sambung Nyawa dalam masakkan.

Seterusnya kepada anda yang ingin mengetahui bagaimanakah bentuk dan rupa pokok herba Tongkat Ali, Bakung, Kaduk ,Lidah buaya, Paku pakis (Langsuir), pokok Bunga raya , Puding, Tapak leman, Misai Kucing dan Pudina. Istimewanya tuan rumah dikunjungi akan menunjukkan cara menggunakan pokok herba Misai Kucing dalam masakkan. Malah pada masa sama penonton didedahkan dengan info Minuman Teh misai kucing yang sememangnya popular di kalangan masyarakat baru-baru ini dengan khasiatnya.

Tidak ketinggalan penonton turut didedahkan dengan pengetahun terhadap pokok Senduduk ungu, Mas cotek, Daun pandan, Selasih, Rumput bulu, Hempudu bumi dan Akar yang berkemungkinan sebilangan besar kita ada yang tidak mengetahui tentang khasiatnya dalam bidang perubatan.

Pastikan anda meluangkan masa menyaksikan kemunculan Aina mengendalikan program berguna untuk seisi keluarga ini hanya di TV1.

aina suzaily

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

IKS TV1 Gilap Potensi Ekonomi Langkawi

DEVIATE New Resident Band Hard Rock KL April & May