in , ,

Aina Abdul Dituduh Guna ‘Kabel Orang Dalam’ Dapat Dana RM300,000

Siapa pulak yang tuduh Aina Abdul ni?

Aina Abdul, penyanyi yang dikenali dengan lagu-lagu seperti “Sumpah” dan “Semalam,” telah mengungkapkan rasa kecewa terhadap pihak-pihak tertentu yang meragukan kelayakannya sebagai penerima Dana Kandungan Digital (DKD) dalam kategori Industri Muzik 2023, seperti yang diumumkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) baru-baru ini.

Kekecewaan Aina Abdul semakin terasa ketika dia dihadapkan dengan tuduhan yang mendakwa penggunaannya “orang dalam” untuk mendapatkan dana yang akan digunakan untuk menampung kos penganjuran Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 18 November akan datang.

Apabila seseorang mengungkapkan keraguan terhadap kelayakan saya sebagai penerima Dana Kandungan Digital (DKD) di sebuah platform, saya merasa sedih dan kecewa. Saya ingin menegaskan bahawa tidak ada unsur ‘orang dalam’ atau jalan pintas dalam permohonan kami. Saya juga tidak mengenali panel penilai. Jika tuduhan tersebut benar, saya bersedia untuk melihat bukti yang ada.
Seperti yang dilakukan oleh orang lain, kami telah mengemukakan permohonan mengikut prosedur yang betul. Ketika pembentangan kertas kerja dilakukan, saya tidak hadir di situ. Semua proses tersebut dilakukan oleh individu yang bukan daripada syarikat saya, Aina Abdul Entertainment, untuk memastikan tidak ada konflik kepentingan peribadi.
Oleh itu, saya menganggap serius tuduhan yang dibuat dalam media sosial yang mendakwa saya menggunakan pengaruh ‘orang dalam’, kerana ia jelas merupakan usaha untuk merendahkan kemampuan saya dan pasukan saya.

– Aina Abdul

Sementara itu, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 30, turut menepis tanggapan menggunakan populariti sebagai tiket untuk permohonannya itu diluluskan.

Aina ingin menegaskan bahawa populariti saya bukanlah tiket untuk mendapatkan kelulusan permohonan. Ada anggapan bahawa ada nama mudah untuk mendapatkan sokongan, tetapi kenyataan ini tidak benar. Saya telah menganjurkan dua siri konsert sebelum ini. Permohonan DKD saya untuk siri pertama telah ditolak, dan pada siri kedua, walaupun permohonan berjaya, dana yang diterima masih terhad.
Ketika saya membuat permohonan ketiga, barulah kami menerima sokongan. Ini berlaku selepas panel penilai melihat rekod kami dan berpuas hati dengan kertas kerja yang kami bentangkan. Saya juga percaya panel penilai memiliki pandangan dan kriteria mereka sendiri dalam membuat penilaian.

– Aina Abdul

Mengulas dakwaan harga tiket terlalu mahal, sedangkan konsert mendapat bantuan kerajaan seperti yang dibangkitkan netizen, pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 menerusi lagu Terus Hidup itu menjelaskan dana RM300,000 diterima masih belum mencukupi untuk menampung kos keseluruhan konsert.

Mengenai kontroversi harga tiket yang dianggap terlalu mahal, walaupun konsert ini menerima bantuan kerajaan, dana sebanyak RM300,000 yang kami terima masih tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan kos produksi, yang mencapai RM1.3 juta, tanpa mengira kos lain seperti sewa stadium selama dua hari. Saya bersyukur kerana telah menjual 82 peratus tiket sejak pelancaran konsert, walaupun masih ada baki 18 peratus, terutamanya di bahagian atas stadium.
Saya juga ingin berkongsi bahawa konsert ini akan menyokong inisiatif mengumpulkan dana dengan menyumbangkan sebahagian hasil jualan tiket kepada Tabung Kasih PRIHATIN, khusus untuk membantu pendidikan pelajar yang kurang berkemampuan dalam kategori B40 dan asnaf di institut pengajian tinggi.
Kontroversi yang muncul adalah kerana ada yang berpendapat bahawa saya tidak sepatutnya menerima dana kerajaan kerana nama saya sudah terkenal. Namun, saya percaya bahawa ini adalah usaha untuk membantu dalam inisiatif PRIHATIN dan memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.

– Aina Abdul

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SHILA AMZAH

Suami Shila Amzah Jawab Dakwaan Bakal Bercerai, Kurang Ajar Posting FB!

Viu Original Terbaru, From Saga With Love Ditayangkan di Saluran Sensasi Unifi TV