in , ,

Aina Abdul Akui Pernah Tolak Tawaran America’s Got Talent

Alamak! Ruginya Aina Abdul tolak tawaran America’s Got Talent. Mana tahu Aina berjaya dan popular dengan cepat.

Penyanyi Aina Abdul mendedahkan bahawa dia telah menerima tawaran untuk menyertai rancangan bakat ternama Amerika, America’s Got Talent (AGT), sekitar 9 tahun yang lalu.

Namun begitu, pemilik nama Aina Abdul tolak tawaran America’s Got Talent atas faktor komitmen dan terikat dengan urusan yang tidak dapat dielakkan menerusi laporan Kosmo.

Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 29 tahun tersebut tidak menolak untuk bertanding sekiranya mendapat peluang keemasan itu lagi pada masa akan datang dan dikatakan sudah mempersiapkan diri.

Dulu saya pernah dapat tawaran, tapi ketika itu saya terikat dengan satu komitmen lain yang memang tidak dapat dielakkan menyebabkan dengan berat hati saya terpaksa menolak.

“Lama dah tawaran itu, seingat saya sekitar tahun 2014, ketika saya mula berjinak-jinak dalam industri muzik.
“Mungkin tiada rezeki saya, Insha-Allah kalau ada peluang sekali lagi untuk saya beraksi di sana, saya dah bersedia dan memang teringin menyertainya,”

– Aina Abdul

Ketika ditanya mengenai peserta Indonesia yang menyertai rancangan sama iaitu Putri Ariani, pelatun lagu Jangan Mati Rasa Itu teruja melihat bakat dari Asia mencipta nama di pentas dunia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alice in Borderland

Netflix Umum Judul & Motion Arts Alice in Borderland Musim 3

YONNYBOII

Yonnyboii Lancar Album Penuh Berjudul PERSONA Pada 7 Oktober Ini