Mad Markets Ishikawa, Japan Special yang diterbitkan oleh Primeworks Studios untuk TV9 bakal disiarkan untuk tontonan ramai bermula 31 Januari 2016, setiap hari Ahad, pukul 7.30 malam. Program istimewa empat episod ini merupakan hasil kolaborasi bersama salah satu stesen televisyen terkenal di Jepun iaitu Hokuriku Asahi Broadcasting Co. Ltd (HAB).
Mad Markets program travelog bersiri popular TV9 ini sememangnya padat dengan informasi percutian dan memperkenalkan pusat atau pasar membeli belah yang wajib anda singgah.
Kali ini, ikuti Ain Edruce, menerokai tempat-tempat menarik untuk membeli belah, bersantai dan makan di Ishikawa, Jepun. Lebih menarik, Ain turut ditemani oleh artis-artis popular Jepun yang juga merupakan pengacara bersama iaitu Charisma.com dan Taro & Jiro pada setiap episod.
EDISI ISTIMEWAÂ HASIL KOLABORASI MALAYSIA DAN JEPUN
Ain Edruce mencari tempat paling popular dan murah untuk berbelanja di Ishikawa, Jepun
Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama & Rancangan TV3 & TV9:
“Mad Markets bukan sahaja popular di kalangan penonton TV9 malahan program ini juga sentiasa menerima sambutan baik daripada pengguna media sosial. Ini terbukti apabila program ini berjaya menguasai trending di seluruh dunia dan Malaysia menerusi #madmarkets ketika bersiaran untuk tiga musim yang lepas.â€
“Jadi, kami amat berbesar hati apabila berpeluang bekerjasama dengan Hokuriku Asahi Broadcasting untuk menerbitkan empat episod khas ini. Pemilihan Ain Edruce sebagai hos juga menepati kehendak penonton TV9 dengan cara penyampaian beliau yang ceria, santai dan bersahaja dalam mencuba pelbagai perkara baharu di Jepun pasti dapat mencuit hati penonton kami,†jelas Sherina lagi.
Mad Markets Ishikawa, Japan Special diterbitkan oleh Saiful Shahiran dari Primeworks Studios. Primeworks Studios terus mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat penerbitan yang unggul menerusi kerjasama dengan Hokuriku Asahi Broadcasting Co. Ltd. (HAB) kali ini.
Penggambaran program ini diadakan sepenuhnya di Ishikawa selama sepuluh hari. Tempoh tersebut sememangnya amat mencabar kerana cuaca yang amat sejuk dan keseluruhan Ishikawa telah diselaputi dengan salji yang tebal. Walau bagaimanapun, komitmen serta kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap krew penerbitan telah memastikan program ini berjalan dengan lancar.
Menurut Encik Eiji Yoshioka, Ahli Lembaga Pengarah Hokuriku Asahi Broadcasting Co. Ltd. (HAB):
“Kami amat berbangga dan berbesar hati kerana dapat bekerjasama menerbitkan empat episod istimewa terbaharu iaitu Mad Markets Ishikawa, Japan Special bersama TV9. Kolaborasi ini juga turut mendapat kerjasama daripada kerajaan Jepun dan kerajaan tempatan Ishikawa. Kami berharap agar program ini juga dapat menarik minat penonton untuk melawat ke Ishikawa. Akhir sekali, kami ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Media Prima, Primeworks Studios, TV9 dan semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Semoga kita dapat bekerjasama lagi di masa hadapan.â€
Menerusi episod satu, Ain dan Charisma.com yang terdiri dari Itsuka dan Gongchi, akan membawa anda mengembara ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Kanazawa, Ishikawa untuk merasai sendiri pengalaman membeli belah, bersantai dan budaya makan di sana. Antara tempat-tempat yang diterokai ialah Kenroku-en garden, istiadat teh di Shigure-tei, membeli belah di sekitar Kenroku-en Garden, bersantai di 21st Century Museum of Contemporary Art, makan di Shitimiya dan macam-macam lagi.
Untuk episod kedua, Ain masih bersama-sama dengan Charisma.com untuk merasai sendiri keistimewaan dan kepelbagaian tempat-tempat yang menarik di Ishikawa.
Kali ini mereka akan membawa anda untuk merasai “pengalaman emas†di Ishikawa. Ain dan Charisma.com telah berkunjung ke Hakukou-kan, di mana mereka melakukan aktiviti kraftangan dengan menggunakan cebisan emas, sebuah industri tradisi unik yang hanya boleh ditemui di bandar kecil ini. Kemudian, pengalaman emas membawa mereka untuk membeli-belah barangan kosmetik yang mengandungi cebisan emas, makan ais krim yang diperbuat daripada cebisan emas serta melawat sebuah bilik yang dipenuhi dengan puluhan ribu keping cebisan emas.
Seterusnya, Ain ditemani oleh dua jejaka kacak dari Tokyo iaitu Taro and Jiro untuk menjelajah pelosok lain bumi Ishikawa dalam episod ketiga. Ain, Taro dan Jiro memulakan aktiviti mereka dengan sesi spa bersantai di Yamanaka Spa Village. Di sana, mereka belajar proses pembuatan tembikar Kutani Pottery dan juga berpeluang membeli belah di tempat yang berlatar belakangkan gunung-ganang.
Selain itu, mereka turut merasai sendiri proses merebus telur menggunakan kolam air panas semulajadi sekitar kawasan gunung berapi aktif, sebelum menikmati keenakan ketam salji termahal di Jepun. Mereka kemudiannya menerokai dunia dinosaur di Fukui Prefectural Dinosaur Museum untuk melihat tinggalan artifak fosil dinosaur dengan lebih dekat.
Dalam episod terakhir, Ain, Taro dan Jiro melawat Kanazawa Station, sebuah kawasan membeli belah yang berkembang bersempena dengan pembukaan Hokuriku Shinkansen, sebuah servis keretapi berhad laju ke destinasi Kanazawa pada tahun 2014.
Mereka melihat Tsuzumi-mon, sebuah pintu masuk seperti arca yang dibina mengambil inspirasi dari sebuah alat muzik gendang tradisi Jepun, sebelum melawat pasar basah tertua dan terbesar di Ishikawa. Di puncak gunung Tateyama, mereka berpeluang bermain salji sambil menikmati pemandangan indah seputih salju sekitar kawasan pergunungan, sebelum mengakhiri perjalanan dengan membeli belah di Anto dan Rinto.
Jangan ketinggalan untuk terus menonton Mad Markets Ishikawa, Japan Special pada setiap hari Ahad, pukul 7.30 malam di TV9. Layari laman web www.tv9.com.my serta Facebook, Twitter & Instagram @TV9Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini.