in , ,

Ain Edruce Kini Jadi Pengacara Mad Markets, Sebuah Program Travelogue di Jepun

Progam popular TV9, Mad Markets kembali untuk empat episod istimewa dengan hos baharu, Ain Edruce. Sebelum ini, beliau jadi pengacara MBuzz.

Hasil kerjasama antara TV9, Primeworks Studios dan Hokuriku Asahi Broadcasting Co. Ltd. dari Jepun, Mad Markets Ishikawa, Japan Specials membawa anda mengembara bersama-sama dengan Ain Edruce menerokai tempat-tempat menarik di Ishikawa untuk membeli belah, santai dan makan.

Ain Edruce

Turut menampilkan artis-artis popular dari Jepun iaitu Charisma.com dan Taro & Jiro sebagai pengacara jemputan.

Mungkin ramai yang dah tak ingat dengan Ain Edruce ni. Nurulain Edruce atau lebih mesra dengan panggilan Ain turut memiliki bakat bermain gitar dan mencipta lagu.

Ain yang merupakan pelajar Jurusan Muzik Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, dia mula belajar bermain gitar selepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sekarang beliau mendapat peluang jadi pengacara program travelogue pula.

Jangan lupa tonton Mad Markets di TV9 okay?

Ain Edruce

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Baru & Lama Bakal Meriahkan Konsert & Pameran Diraja

Kumpulan Kobis Pedas Tempat Pertama Final JUARA PARODI