Selepas dua minggu melahirkan bayi perempuan itu, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 30 bersama suami Muhammad Amirul Hafiz, 28 bersepakat untuk menamakan anak mereka sebagai Soraya. Malah wajah comel bayi itu juga ‘seiring’ dengan nama Soraya yang membawa maksud kecantikan.
“Nama anak saya Soraya… sebab nama bapa dia panjang, tiga patah perkataan.Soraya bermaksud cantik”
“Kawan-kawan saya pun dah bertanya nak tengok gambar anak saya, saya kongsikan ini bukan untuk menunjuk atau apa… sekadar ingin berkongsi kegembiraan kami bersama, our little Soraya,”
– Ain Edruce
Dalam video itu juga, Ain sempat menjawab beberapa pertanyaan daripada peminat termasuklah pengalamannya bersalin buat kali pertama. Menurut Ain, dia menunggu hampir 26 jam di hospital sebelum melahirkan anak secara normal.
Ketika ditanya adakah dia berasa sakit bersalin secara normal, kongsi Ain dia bersyukur kerana urusannya dipermudahkan dan akui menerima suntikan epidural untuk menahan sakit.
Dedah pelakon Kekasih Paksa Rela itu, dia menolak tohmahan orang ramai mengenai kesan mengambil epidural pasa masa akan datang seperti sakit belakang dan sebagainya. Bagi Ain, ubat tersebut sedikit sebanyak membantu menguatkan semangat para ibu yang takut untuk bersalin kelak.
”Sejujurnya, saya beranak normal tapi dengan pertolongan epidural. Sebab itu korang tengok saya tenang dan saya ingin cadangkan untuk korang yang takut untuk bersalin atau rasa tekanan dia, sila ambil epidural,”
– Ain Edruce
“Bila orang cakap nanti ambil epidural mesti sakit belakang dan sebagainya, tak ada pun. Okay sahaja sebab saya pun dah tanya ramai orang,”
– Ain Edruce
Sebagai info, Ain selamat melahirkan bayi sulung pada 19 Mei lalu di sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya, Selangor. Ain dan Amirul telah mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2019 di Magica Hall, Quill City, Kuala Lumpur.