Bak kata orang, sementara tengah laku dan tengah digilai peminat ni, masa ni la nak ambil peluang untuk jual apa sahaja. Ini namanya peluang. Bukan senang untuk mencapai tahap di mana segala apa yang dibuat mendapat sambutan daripada peminat.
Pada petang ini, penyanyi muda berwajah jambu, Aiman Tino akan melancarkan produknya sendiri dengan jenama Sweet Aiman. Dengarnya, produk ini adalah produk kecantikan. Jadi pasti ia sesuai untuk lelaki dan perempuan juga. Budiey tak nak cerita banyak pasal produk sebab kita kena tunggu selepas pelancaran pada petang ini.
Pelancaran produk pada hari ini akan berlangsung di Restoran Rebung Chef Ismail dan bakal dihadiri oleh penganjur serta media.
Semoga segalanya berjalan lancar dan tahniah buat Aiman Tino!