PENGUMUMAN BARISAN PENYAMPAI DAN ARTIS PERSEMBAHAN
AIM18 – Persada Bergermelapan dan Glamor
Bahang Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) semakin terasa dengan pengumuman barisan penyampai dan artis persembahan yang menarik. Senarai penyampai dan artis persembahan yang bakal menghiburkan penonton ini telah diumumkan hari ini oleh pemilik francais anugerah tersebut, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).
VIDEO BETULKAH AIM18 DIBOIKOT
Bertemakan “Bergermelapan dan Glamor”, AIM18 bersedia untuk menggegarkan dunia hiburan muzik dengan persembahan pelbagai artis berbakat, dari Yuna, Nashrin, Jaclyn Victor dan Shila Amzah hinggalah ke Ella, AXL, Mega, 6ixth Sense, Azlan aand the Typewriter, dan Meet Uncle Hussein bersama Hazama dan ramai lagi – penonton tentu akan teruja sepanjang acara anugerah 2 setengah jam ini di Stadium Putra, 12hb November, yang turut disiarkan secara langsung oleh Astro Ria.
“Anugerah Industri Muzik semestinya rancangan anugerah yang dinanti-nantikan semua setiap tahun dan pihak RIM meneruskan usaha untuk mempersembahkan barisan artis terunggul untuk rakyat Malaysia,” kata En Adrian Lim, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM18.
“Pihak jawatankuasa AIM dan rakan penyiaran, Astro Ria, telah bersama menentukan senarai penyampai dan artis untuk persembahan yang terbaik untuk hiburan penonton.
“AIM terus menjadi paksi untuk segala yang berkenaan muzik di Malaysia dan kami berharap kepelbagaian dan pemilihan mantap barisan persembahan pada malam kemuncak segala-galanya nanti akan menghiburkan seluruh lapisan masyarakat,” tambah beliau.
Hos untuk malam anugerah ialah pelakon dan juruacara popular Zizan Razak dan AC Mizal. Pasangan celoteh dan pandai berseloka ini tentunya akan menghidupkan lagi malam anugerah bergemerlapan ini. Gadis manis, Diana Danielle, dan jejaka tampan, Awal Ashaari, pula akan mewawancara secara langsung orang kenamaan dan artis yang menyusuri Blue Carpet.
Dato M. Nasir, Zainal Abidin, Search, Nora, Sarimah, Tony Eusoff, Ziana Zain, Fauziah Latiff, Remy Ishak, Ramlah Ram, Adi, Reza dan Dina adalah di kalangan penyampai untuk malam anugerah.
Salah sebuah persembahan yang wajib ditonton nanti ialah kombo penyanyi YouTube tempatan, Najwa Latiff, dan sensasi YouTube dari Amerika Syarikat, Greyson Chance, dalam segmen persembahan khas. Ia merupakan usahasama yang julung kalinya oleh kedua-dua artis, dan simbolik tentang pengaruh revolusi digital muzik.
“Tahun ini, buat julung kalinya sejak AIM dianjurkan 18 tahun lepas, Celcom amat berbangga dan berbesar hati untuk menjadi syarikat telekomunikasi pertama di negara ini untuk menawarkan kandungan ‘live’ AIM18 eksklusif kepada pelanggan-pelanggan kami. Kandungan ‘live’ AIM18 yang istimewa ini merupakan persembahan secara langsung di AIM18 di mana lagu-lagu akan dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi lain sebagai tanda penghormatan kepada penyanyi asal lagu tersebut. Selain itu, lagu-lagu tersebut turut akan digubah khas untuk acara AIM18 ini. Kandungan ‘live’ AIM18 yang unik ini dapat dimuat turun dalam format Call Me Tones, Full Songs, True Tones dan video muzik bermula dari 15 November 2011 melalui portal WAP baru Celcom, The Cube,” kata Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran, Celcom Axiata Berhad, tambahan lagi, Celcom sebagai penganjur utama AIM18 turut memberi peluang keemasan untuk para pelanggan duduk bersebelahan artis kegemaran mereka pada acara muzik AIM yang glamor ini dengan menyertai kempen Be A Star at AIM18.
Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu menaip *888# daripada telefon bimbit mereka dan muat turun mana-mana eksklusif AIM Call Me Tones. Selain itu, muat turun atau melanggani mana-mana Full Songs, True Tones, X Tunes, video muzik, Celebrity Fanpage, teka-teki MMS, permainan, rangkaian sosial mobil dan banyak lagi melalui The Cube untuk memenangi pas AIM18. Sertai kegemparan AIM18 dengan jeritan paling kreatif “Saya mahu ke Anugerah Industri Muzik…..”. Dial *2299009 dan jerit sekuat-kuatnya dalam cara yang paling kreatif untuk memenangi pas ke AIM18.
The Cube merupakan sebuah portal komuniti mudah alih eksklusif bagi pelanggan-pelanggan Celcom buat masa ini. Melalui The Cube pelanggan dapat akses pelbagai kandungan muat turun dan tawaran Celcom yang menarik melalui The Cube daripada telefon bimbit ataupun sebarang peranti yang mempunyai perkhidmatan Internet biarpun komputer riba, tablet atau komputer biasa. WAP portal ini mengintegrasikan perkhidmatan rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter dan pada masa sama, menawarkan kemudahan emel dengan Gmail, Yahoo!, MSN dan Nokia Ovi. Pelanggan boleh mengakses portal WAP ini melalui http://m.thecube.my daripada telefon bimbit atau pada skrin besar melalui laman web The Cube www.thecube.my.
Tawaran-tawaran istimewa dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan AIM18 di samping peluang untuk memenangi pas percuma ke acara AIM18 yang akan berlangsung pada 12 November 2011 bakal menanti para pengunjung ke siri jelajah terakhir AIM18 yang dicetus khas oleh Celcom. Siri jelajah yang bakal berlangsung para 22 dan 23 Oktober 2011 di Kluang Mall, Johor turut akan menonjolkan barisan artis yang terdiri daripada calon-calon AIM18 di mana para artis ini akan menghiburkan pengunjung-pengunjung dengan persembahan secara langsung. Datanglah beramai-ramai ke tapak siri jelajah promosi di Kluang Mall, Johor untuk menyaksikan persembahan secara langsung artis kegemaran anda dan juga peluang untuk menyertai sesi bersua kenal bersama artis (Meet & Greet session).
“Celcom telah memperkenalkan satu kategori baru yang dikenali sebagai Mobile Artiste of the Year Award bagi memberi pengiktirafan kepada artis yang mempunyai jumlah muat turun lagu melalui telefon bimbit tertinggi dan pembaharuan dalam Ringback Tones khususnya pada masa kini di mana muzik merupakan sebahagian penting dalam ekosistem pengguna-pengguna telefon bimbit. Jumlah muat turun akan merangkumi angka-angka dari semua syarikat telekomunikasi di Malaysia. Kategori baru ini turut mendemonstrasikan sokongan padu Celcom terhadap arena muzik tempatan,” sambung beliau.
Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro; Encik Khairul Anwar Salleh berkata, “Sebagai penyiar televisyen rasmi kepada AIM18, kami diberi tanggungjawab untuk sama-sama memikul aspirasi, visi dan sasaran penganjurnya untuk memperhebatkan lagi promosi acara anugerah yang berprestij ini menerusi platform Astro supaya para penonton tidak ketinggalan untuk menyaksikan acara gilang gemilang yang akan dibawa secara langsung pada 12 November kelak.
Kepercayaan yang diberikan oleh pihak penganjur kepada kami untuk menggalas tanggungjawap sebagai penyiar rasmi merupakan satu penghargaan terhadap kemampuan Astro dalam memberi bukan saja promosi yang efektif tapi juga pancaran siaran yang terbaik untuk acara yang telah lama mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ini.
*Presenters to date; listed in no particular order:
1. Dato M. Nasir
2. Nora
3. Sarimah Ibrahim
4. Iwan
5. Ramlah Ram
6. Tony Eusoff
7. Search
8. Remy Ishak
9. Neelofa
10. Syamsul Yusoff
11. Hisham Hamzah
12. Siti Saleha
13. Adi Bear
14. Reza
15. Dina
16. Ziana Zain
17. Fauziah Latiff
18. Rosmin Hashim
19. Adrian Lim
20. Norman Halim
*Performers to date; listed in no particular order:
1. Najwa Latif
2. Akhil Hayy
3. Mawi
4. Salma
5. Nashrin
6. Hafiz
7. Ella
8. Stacy
9. Shila Amzah
10. Jaclyn Victor
11. Yuna and the Band
12. Aly (AXL’s)
13. Ezad (Exists)
14. Rahmad (Mega)
15. Zamani (Slam)
16. 6ixth Sense
17. Azlan and the Typewriter
18. Meet Uncle Hussein ft Hazama
19. Greyson Chance
Pihak Astro akan sentiasa memberi sokongan padu kepada penganjuran acara berprestij seperti ini yang sentiasa mendapat tempat di hati peminat seni di tanah air kerana ia memberi peluang kepada kami untuk bersama-sama berjuang memartabatkan industri hiburan tanah air. Kerjasama berterusan seperti ini mampu menghasilkan satu produk bermutu tinggi yang boleh membantu mengukuhkan kedudukan Astro selaku pembekal kandungan pengisian utama di negara ini.
Pada hari berkenaan, Astro Ria akan bersiaran secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil, bermula dengan Karpet Biru tepat jam 8.30 malam dan diikuti dengan Siaran Langsung AIM18 yang bertemakan “Bergemerlapan & Glamour” yang akan disiarkan selama dua jam setengah bermula jam 9.00 malam. Di samping itu, kami juga turut menyiarkan program-program khas sempena promosi AIM18 iaitu Gerbang AIM serta Akustik AIM yang dirakam khas khusus buat tontonan semua.”
AIM 18 akan diadakan pada hari Sabtu, 12 November 2011 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, bermula dengan siaran langsung ‘Blue Carpet’ di 8.30 malam diikuti dengan siaran langsung AIM18 pada pukul 9.00 malam, ekslusif di Astro Ria (Channel 104).
Untuk maklumat lebih tentang RIM, sila rujuk ke laman web www.rim.org.my. Untuk maklumat mengenai AIM, sila rujuk ke laman web http://aim.org.my.
GAMBAR SELEBRITI DI SIDANG MEDIA AIM18:
Hazama
AC Mizal & isteri
Lan & The Typewriter
Hafiz
Shila Amzah & Stacy. Comelnya.
Hafiz