Menggunakan alasan hanya menerima gaji sebanyak RM10,000 sebulan sebagai pemain bola sepak, Aidil Zafuan mendakwa yang tuntutan nafkah dua orang anak bersama yang di’tuntut Rita Rudaini sebagai tidak munasabah & berlebihan. Aidil Zafuan yang mengikat kontrak dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) berkata jumlah diminta Rita Rudaini melampaui perbelanjaan asas sebenar kedua dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Beliau juga menolak wujudnya kos susu dan lampin pakai buang kerana anak anaknya sudah makan makanan pejal dan sudah pandai ke tandas sendiri terutama anak pertama.
“Saya percaya kos perubatan tinggi kerana Rita memilih Hospital Prince Court sedang masih banyak pilihan hospital lain yang lebih murah,” kata Aidil Zafuan.
Selebriti sukan ini turut menambah yang walaupun beliau mempunyai tanggungan ibu bapa, hutang peribadi dan keperluan sendiri namun beliau tidak pernah abaikan nafkah anak dengan memperuntukan RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.
Namun menurut Aidil Zafuan, sebelum ini tidak pula Rita Rudaini mengadu atau memberi respons mengatakan wang yang diberikan tidak mencukupi.