PANGGUNG 1 : SELEMBUT MUHASABAH, 20 SEPTEMBER 2008 (SABTU), JAM 3.05 PETANG DI RTM1.
Slot Panggung 1 akan menyajikan sebuah cereka yang menarik untuk tontonan seisi keluarga berjudul “Selembut Muhasabah” terbitan Television Airtime Services. Sebuah cereka yang memaparkan sebuah kisah konflik kekeluargaan di antara seorang ibu tunggal dan juga anak gadisnya.
“Selembut Muhasabah” berkisar tentang seorang ibu tunggal yang berusia dalam lingkungan 40-an yang berjaya dalam kerjaya tetapi gagal dalam rumah tangganya. Kegagalan hidup yang pernah dilaluinya dan ditempuhinya menjadikannya begitu fobia dan takut akan kehilangan kasih sayang anak tunggalnya. Padanya anak itu adalah segalanya dalam hidupnya, yang memberikannya semangat untuk meneruskan hidup di bumi yang fana ini.
Walaupun dia telah berjaya mengecapi kejayaan dalam kerjayanya dia masih tidak yakin pada dirirnya dalam mendewasakan seorang anak gadis. Ini akhirnya menjadikan si ibu semakin hari menjadi semakin obsesif dan mengongkong pergerakan anaknya.
Dalam masa sama, si ibu menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda darinya dan bercadang untuk berkahwin. Keputusan si ibu mengundang dilemma di dalam anak gadisnya yang terpaksa berhadapan dengan cemuhan rakan-rakan. Si remaja yang mulannya amat menghormati dan menyanjungi ibunya telah memberontak lalu melakukan protes kerana hilang hormat kepada ibunya.
Si ibu cuba menjelaskan apa yang telah berlaku tetapi si anak tidak mahu mendengar langsung penjelasan si ibu. Lalu, si anak sengaja menjerumuskan dirinya dalam cinta dengan lelaki yang jaauh lebih berusia darinya sebagai tanda protes kepada ibunya.
Barisan pelakon yang menjayakan drama ini adalah Aida Radzwill, Linda Hashim, Shaharuddin Thamby, Mahmud Ali Bashah, Kalam dan Louisa Chong.
Pastikan anda tidak akan melepaskan peluang menonton drama “Selembut Muhasabah” untuk mengetahui kesudahannya. “Selembut Muhasabah” bakal ditayangkan pada 20 September bersamaan hari Sabtu, jam 3.05 petang menerusi slot Panggung 1 di RTM1, Saluran Inforia.