in

Aida Aris dalam drama Melankolia

AIDA ARIS JADI WANITA MURUNG DRAMA KHAS RAMADHAN : MELANKOLIA DI TV1

Kedatangan bulan Ramadhan amat dinantikan seluruh umat Islam di mana salah satu kelebihannya adalah untuk membentuk sisi sahsiah diri yang mulia dalam diri seseorang. Namun bagaimana pula sekiranya seseorang itu ditimpa dugaan yang tidak mampu dikawal dek akal fikirannya sendiri? Pastinya mengundang masalah berpanjangan yang dipenghujungnya memberi kata dua samada berakhir dengan kebaikan atau sebaliknya.

melankolia

Justeru sempena tibanya bulan Ramadan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghidangkan sebuah telemovie bertajuk Melankolia pada 7 Ogos 2010 (Sabtu), jam 3.05 petang mengisi slot Panggung 1 di TV1 yang memaparkan plot-plot menyuntik keinsafan untuk tontonan seisi keluarga terutama golongan wanita yang merupakan tonggak utama pendukung suami dalam sesebuah institusi keluarga yang ddibina.

Dengan membariskan pelakon handalan dan berpengalaman seperti Aida Aris dan Eizlan Yusof selain dua pelakon pelapis Nurul Syamiza Aidi serta Syahirah Aqmar Samat, telemovie ini berkongsi kisah Rozita lakonan Aida Aris yang menghidap penyakit mental yang dilalui oleh selepas kehilangan anak bongsunya Ira di sebuah pusat membeli belah. Ketika itu dia bersama suaminya, Faizal dan anak-anak mereka, Farah dan Shila.

Enam bulan telah berlalu, Rozita masih tidak dapat menerima hakikat anaknya masih gagal ditemui. Justeru, Faizal membawa Ira mendapatkan rawatan psikologi dengan Jenny. Kehidupan Rozita juga bergantung pada ubat penenang tetapi ada ketikanya Rozita yang kebosanan kerana dipaksa menelan ubat tersebut, bertindak meluahkan ubat berkenaan. Ini menyebabkan ada ketikanya Rozita gagal mengawal diri.

Konflik yang berkisar di dalam rumah tangga Rozita ditambah dengan sejarah silamnya ketika kecil. Ayahnya, Rahim amat gembira kerana merasakan kelahiran anak lelaki sebagai penyambung legasinya sebagai pemilik ladang kelapa sawit. Sejak kelahiran adiknya, Rozita merasakan dia tidak lagi disayangi oleh Rahim sehinggalah dia melepaskan geram kepada adiknya. Malangnya, tindakan Rozita amat tidak disenangi oleh Rahim, lalu bertindak memukul dan mengurung Rozita bagi tujuan mengajar Rozita. Bagaimanapun Rozita makin tersalah anggap dengan tindakan Rahim.

melankolia1

Kemuncak kepada tekanan Rozita, apabila dia cuba membawa Shila pulang ke Kuala Lumpur ketika Farid membawa mereka sekeluarga pulang ke kampung iaitu ke rumah lama Rozita. Farid berbuat sedemikian atas nasihat Lenny kerana mereka menyangka Rozita akan mendapat ketenangan di kampung halaman sendiri.

Rozita yang memang merasakan Faizal ada hubungan dengan Lenny, makin mengesyaki segala yang berlaku adalah atas rancangan Faizal dan Lenny.Keadaan semakin tidak terkawal apabila Rozita mengacah pisau dan mengugut akan mencederakan sesiapa yang cuba menghalangnya.

Lalu bagaimanakah kesudahan jalan hidup Rozita? Adakah dia mampu untuk pulih sepenuhnya atau pun keadaannya semakin teruk sekaligus menimbulkan tragedi kepada insan di sekelilingnya pula? Untuk itu saksikan drama menarik ini pada 7 Ogos 2010 (Sabtu), jam 3.05 petang di TV1.

melankolia...aida aris bawa watak utama

melankolia2

melankolia3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Klip Video Artis Nasyid di Muzik Aktif

CATS & DOGS CARNIVAL AT TROPICANA CITY MALL