in , , ,

Tahniah! Ahli The Fabulous Cats, Cat Farish & Hartini Ramly Selamat Berkahwin

Selamat pengantin baru buat vokalis The Fabulous Cats, Cat Farish dan isterinya, Hartini Ramly kerana selamat diijabkabulkan. Ramai betul artis dan selebriti kahwin dua tiga menjak ni. Setiap minggu ada je selebriti kahwin.

Sebelum ini, pelakon Cinta Yang Satu, Ezany yang tak puas hati dengan penganjur, kemudian, pelakon Eizlan Yusoff yang mana gossip tentang perangai isterinya digembar-gembur di internet… dan kali ini giliran Cat pula menamatkan zaman bujang.

Macam-macam cerita lagi saya dengar pasal selebriti kawin. Harapan saya, cerita Cat Farish kahwin tidak ada masalah macam perkahwinan artis sebelum ini. Majlis pernikahan diadakan pada 13 Julai 2007 di rumah Hartini di Bangi pada jam 3 petang selepas solat Jumaat dengan dengan hantaran sembilan dulang termasuk wang hantaran sebanyak RM13,000 berbalas 11 dulang.

cat farish kahwin hartini
foto dari koleksi peribadi Cat Farish

Majlis persandingan di sebelah Cat pula bakal diadakan pada 21 Julai di Kuarters Pegawai Polis, Jalan Duta di Kuala Lumpur dan berkonsepkan “garden wedding featuring kampung dishes”. Cat yang mahu berbulan madu di Pangkor Laut Resort, Perak, dan juga beberapa destinasi di Eropah, Cat berkata dia tidak berdebar sangat dan hanya sekali lafaz sahaja.

Cat juga mahu mempunyai anak yang ramai. Kepada Cat Farish dan Hartini, Sensasi Selebriti ingin mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru. Semoga istana dan rumahtangga kalian berdua kekal ke anak cucu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

6IXTHSENSE

Ulasan Album Kedua 6ixth Sense Lebih Mantap, Banyak Lagu Best!

Gosip di Internet Tersebar, Betul Ke Mawi Lalok Ketagih Dadah di Australia?