Los Angeles – Dermalogica, satu sistem penjagaan kulit yang dibangunkan dan penyelidikan oleh The International Dermal Institute kini, dengan bangganya mengumumkan AGE Smart: Sistem produk bercirikan saintifik terkini yang inovatif; direka khas untuk menghalang serta memperbetulkan kerosakan dalaman serta luaran sehingga ke penuaan kulit.
AGE Smart telah dibangunkan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang membawa kepada tanda-tanda penuaan kulit sebelum masanya; termasuklah kedutan, pigmentasi yang tidak sekata, dehidrasi (kekurangan lembapan dalam kulit), hyper-pigmentasi dan juga kekurangan anjalan serta ton kulit. Dermalogica mengambil pendekatan yang unik dalam merawat penuaan dan juga penuaan sebelum masa dengan mengenal pasti sumber perubahan yang berlaku pada kulit. Â
Teknologi Revolusi
Tanda-tanda penuaan secara umumnya boleh disebabkan oleh pendedahan terhadap radiasi ultra violet. Ringkasnya, tiga reaksi bio-kimia berlaku dalam kulit yang menyebabkan perubahan struktur yang dikaitkan dengan penuaan. Dermalogica mengenalpasti transformasi ini dengan cara berikut:
1. ROS (Penghasilan Spesis Oksigen Reaktif, atau lebih dikenali sebagai ‘Radikal Bebas’)
Reaksi Bio-kimia: Apabila sinaran radiasi UV menyerang tubuh badan, molekul radikal bebas terhasil. Untuk menstabilkan diri mereka, molekul ini menggunakan kulit untuk menghasilkan lebih banyak radikal bebas. Semakin mereka bertambah, mereka menyerang apa sahaja struktur yang dijumpai; seterusnya mengurangkan kekuatan struktur kulit. Lipid atau elemen lemak yang menjadi membran kepada sel-sel badan adalah sangat terdedah kepada aktiviti ini.
Kesan buruk: Radikal bebas menyebabkan peroksidaan kepada lipid dan memusnahkan membrane dan menyebabkan inflamasi (seperti kapilari yang koyak dan masalah ‘spider veins’ yang merujuk kepada urat-urat yang kebiruan kelihatan di permukaan kulit), hiper-pigmentasi, penyakit dan membunuh sel-sel. Radikal bebas turut membawa kepada penghasilan MMP di dalam kulit. (Lihat #2)
Penyelesaian: AGE Smart mengunakan kompleks berikut untuk menghalang penuaan yang disebabkan oleh penghasilan ROS:
Kombinasi anti-oksida (seperti White Tea, Vitamin C, Vitamin E) bagi memusnahkan molekul-molekul ‘free radical’.
Glukosamin, Asid Laktik dan Magnesium Ascorbyl Phosphate bagi melawan hiper-pigmentasi.
Bioflavoniod yang terdapat dalam White Tea dan Licorice pula merawat kapilari darah yang cedera.
2. MMP (Pengaktifan Matrix Metalloproteinases)
Reaksi Bio-kimia:Â Apabila kulit terdedah kepada sinaran radiasi UV, pembentukan enzim MMP akan terjadi di dalam kulit; menyebabkan pemecahan kolagen dan elastin (Dua protein berstruktur yang penting dalam lapisan dermis) dan Asid Hyaluronic (cecair pelembap yang utama dalam kulit).
Kesan Buruk:Â Semakin umur kita meningkat, keupayaan kulit untuk menghasilkan semula kolagen dan elastin turut menurun; akhirnya menyebabkan kehilangan protein berstruktur serta kemerosotan kekuatan kulit dan tonnya. Turut terjejas ialah keupayaan untuk menghasilkan semula Asid Hyaluronic, yang menyebabkan dehidrasi atau kekurangan lembapan dalam kulit.
Penyelesaian:Â AGE Smart mengunakan kompleks berikut untuk memperlahankan penghasilan MMP serta merangsang penghasilan Asid Hyaluronic:
Soya, peptida dan polyphenol (daripada White Tea) melawan MMP serta merangsang penghasilan kolagen.
Peptida, Vitamin C dan Ekstrak Yis digunakan untuk merangsang penghasilan kolagen dan Asid Hyaluronic di dalam lapisan dermis.
3. AGEs (Kesan daripada Glycation tegar)
Reaksi Bio-kimia: Molekul gula di dalam badan kita bertindak balas dengan protein seperti kolagen untuk menghasilkan AGEs. AGEs mengubah struktur fizikal kolagen (cross-link), menjadikan protein keras dan kurang elastik. Disebabkan tubuh badan manusia tidak mempunyai sistem untuk melawan AGEs, perubahan struktur kolagen akan menyebabkan penuaan kulit yang drastik. Sewaktu penghasilan AGEs, ROS tambahan turut terhasil pada kadar yang agak tinggi; dan ini turut menyumbang kepada proses penuaan.
Kesan Buruk:Â Kesan daripada AGEs ialah inflamasi, penyakit, penuaan sebelum masa dan juga kematian sel-sel badan.
Penyelesaian:Â Sistem Age Smart menggunakan peptida yang unik dan spesifik (LYS/ARG Polypeptide) dengan Glucosamine dan Soy Isoflavonoids untuk memerangkap molekul gula yang berlebihan, menghalang pembentukan AGEs di dalam kulit. Dalam proses tersebut, pembentukan ROS yang berkaitan dengan AGEs turut dihentikan.
Rawatan Profesional
Dermalogica mencadangkan perjumpaan yang tetap dilakukan dengan ahli terapi kulit professional untuk menilai dan menganalisa masalah kulit yang dialami dan mengenalpasti keperluan anda melalui Face Mapping®, analisis mendalam ke atas 14 zon yang terdapat di muka. Apabila diagnosis dilakukan terhadap kulit yang menua, adalah dicadangkan supaya pelanggan turut menjalani rawatan Dermalogica AGE SmartTM. Harga yang dikenakan adalah mengikut lokasi.
Rawatan Di Rumah
Untuk rawatan berterusan di rumah, bagi yang mengalami kulit menuaan ; AGE Smart menyajikan rangkaian produk yang terdiri daripada enam produk baru dan lima produk yang telah sedia ada untuk anda. Teknik pemakaian yang dicadangkan adalah seperti berikut:
Skin Resurfacing Cleanser – BARU!
Formula 2 dalam 1 yang mudah untuk digunakan ini membersih secara menyeluruh di samping membuang lapisan kulit dan sel mati. Kulit akan merasa lebih lembut dan tona kulit akan menjadi lebih sekata hanya selepas penggunaan pertama.
Kandungan: 5% Asid Laktik merangsang penghasilan sel baru untuk menjadikan kulit lebih lembut dan sekata
Cara Pemakaian: Sapukan ke muka dan leher, dengan urut lembut ke atas. Gunakan 1-2 kali sehari. Gunakan dengan krim tabir suria sekiranya digunakan pada waktu pagi.
Harga Jualan: RM179.00 (150ml)
Antioxidant HydraMist – BARU!
Rawatan secara semburan yang bertindak merangsang sintesis kolagen, melawan kesan Glycation, memperbaharui kulit dengan vitamin sebagai pelindung anti-oksida, melembap serta menghasilkan kesan kulit yang tegang dengan cepat.
Kandungan:
Kombinasi Magnesium Ascorbyl Phosphate (tidak merengsa dan lebih stabil daripada Vitamin C asid Askorbik) dan Palmitoyl Tripeptide-5 merangsang sintesis kolagen serta mengurangkan kesan kedutan dan garis halus di wajah.
White Tea, Licorice dan Vitamin E melindungi daripada radikal bebas.
Aloe dan Sodium Lactate memberi lembapan yang diperlukan oleh kulit.
Cara Pemakaian: Semburkan ke muka 1-3 kali dalam jarak lebih kurang 12 inci sebelum memakai produk rawatan atau pelembap. Boleh digunakan ketika memakai mekap bagi memastikan kulit segar sepanjang hari.
Harga Jualan: RM179.00 (150ml)
Renewal Lip Complex – BARU!
Sukar untuk digambarkan sebuah rawatan bibir berperisa rasberi yang turut memperbaiki tisu bibir, melindunginya daripada radikal bebas dan juga AGEs, melembap serta melembutkan garis konturnya. Ia juga memudahkan lagi pemakaian gincu.
Kandungan:
Asid Hyaluronic berupaya menyimpan lebih 1000 kali berat air untuk melembap dan mengekalkan keanjalan.
Vitamin E, minyak Avocado, Shea Butter dan Cocoa Seed Butter membantu melembutkan kulit di samping melembapkan kulit.
Palmitoyl Oligopeptide pula menguatkan tisu-tisu bibir.
Cara Pemakaian:Â Sapukan ke bibir sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk kesan yang maksimum.
Harga Jualan: RM129.00 (1.75ml)
MAP-15 Regenerator – BARU!
Bedak unik yang dicairkan menjadi emulsi cecair apabila disapukan ke kulit untuk menghasilkan 10% MAP dan 5% bahan lain (White Tea, Asid Hyaluronic, Glucosamine, Ekstrak Alga, Ekstrak Yis dan Phospolipids) bagi merangsang kolagen, mencerahkan tona kulit, tekstur lembut dan memperbaharui kulit secara lembut.
Kandungan:
10% Magnesium Ascorbyl Phosphate (MAP) – tidak merengsa dan kandungan stabil Vitamin C dalam dos yang sesuai 10% merangsang sintesis kolagen untuk kulit yang lebih tegang, cerah dan lembut.
White Tea melindungi tisu bibir.
Asid Hyaluronic melembapkan kulit serta menambahkan keanjalan.
Cara Pemakaian: Kenalpasti kawasan bermasalah seperti garis-garis halus di muka. Seterusnya, campurkan dengan sedikit pelembap dan sapukan ke seluruh muka dan juga leher.
Harga Jualan: RM468.00 (8gm)Â Â Â Â Â Â
Dynamic Skin Recovery SPF 30 – Baru!
Pelembap untuk siang hari bagi perlindungan daripada AGEs, penghasilan MMP, radikal bebas dan radiasi UV. Peptida merangsang kolagen untuk kulit yang lebih tegang manakala ‘exfoliant’ tanpa asid bertindak melembutkannya. Kulit menjadi segar dan kini mempunyai lapisan perlindungan.
Kandungan:
ARG/LYS polypeptide, soya dan White Tea efektif bagi melawan pembentukan AGEs.
Palmitoyl Tripeptide-5 merangsang penghasilan kolagen untuk kulit yang lebih tegang dan anjal.
Avobenzone (3.0%), Octinoxate (7.5%), Octisalate (5.0%), Oxybenzone (5.0%) berkesan dalam melindungi dari sinar UVA dan UVB.
Soy Isoflavonoids, sejenis phytoestrogen yang menyerupai pengurangan hormon estrogen untuk kulit yang menua, merangsang biosintesis kolagen.
Asid Hyaluronic membekalkan pelembap yang secukupnya untuk kulit.
Minyak Evening Primrose memperkuatkan lapisan lipid bagi menghalang kehilangan lembapan.
Urea, Ekstrak Yis, Glucosamine dan Alga melembutkan kulit, di samping menolong penghasilan kulit baru.
Cara Pemakaian:Â Â Sapukan ke seluruh muka dan leher pada waktu pagi selepas mencuci dan merawat muka.
Harga Jualan: RM319.00 (50ml)Â Â Â Â Â
AGE Smart Starter Kit – BARU!
Perlukan saiz yang lebih kecil ketika anda melancong? Ingin mencuba AGE Smart bagi mendapatkan keputusannya yang hebat? Kit kulit yang baru terdiri dari Skin Resurfacing Cleanser (30ml), Antioxidant HydraMist (30ml), Map-15 Regenerator (0.5g), Dynamic Skin Recovery SPF 30 (10ml), MultiVitamin Power Recovery Masque (15ml), MultiVitamin Power Firm for Eye and Lip Area, dan Renewal Lip Complex (sampel mini).
Harga Jualan: RM269.00
Rangkaian Produk Yang Sedia Ada
MultiVitamin Power Recovery® Masque
Topeng intensif anti-oksida bervitamin A, C dan E dan botani ini melegakan kulit yang stres, menolong mengurangkan kemerahan dan mengembalikan keanjalan kulit. Sesuai untuk kulit yang rosak.
Cara Pemakaian:Â Sapukan dalam lapisan yang tebal menggunakan jari kepada muka dan leher, jauhi kawasan mata dan bibir. Tanggalkannya selepas 10 minit dengan menggunakan span lembap atau kain yang direndam dalam air suam.
Harga Jualan: RM226.00 (75ml)Â Â Â Â Â
MultiVitamin Power Concentrate
Formulasi tulen daripada vitamin A, C dan E membantu mengekalkan keanjalan, ketengangan dan penghasilan tisu sihat serta melegakan dan menjadikan tona kulit sekata dengan memperhebatkan proses memperbaiki kulit semula jadi. Â
Cara pemakaian:Â Pusing untuk membuka dan pakai satu kapsul Multivitamin Power Concentrate dengan mengurut secara lembut ke seluruh muka yang sudah dibersihkan, leher dan kawasan mata. Elakkan dari terkena kelopak mata.
Harga Jualan:Â RM266.00 (45 kapsul)Â
MultiVitamin Power Firm untuk Kawasan Mata dan Bibir
Melawan penghasilan garis-garis halus di sekitar mata dan bibir dengan kompleks yang mengandungi vitamin anti-oksida yang memulihkan kulit, Silikon Organik yang melindungi serta ekstrak Rumpai Laut. Serum ini melindungi dari radikal bebas yang berbahaya serta kehilangan lembapan dalam kulit di samping mengembalikan keanjalan dan ketegangan kulit.
Cara Pemakaian: Selepas mencuci, ratakan di sekitar kawasan mata dan bibir; berikan perhatian kepada kawasan yang menunjukkan tanda-tanda penuaan yang lebih jelas. Untuk kesan yang efektif, gunakan setiap pagi dan malam.
Harga Jualan: RM203.00 (15ml)
Super Rich Repair
Krim yang kuat dan dirumus khas untuk melawan keadaan kulit yang kering dan mengalami penuaan sebelum masa sambil ia merawat dan melindungi. Ia melembut, melembap serta memulihkan semula kulit yang kering di samping bertindak sebagai bahan pemulih untuk melindungi dari keadaan sekitar yang terlampau sejuk dan kering.
Cara Pemakaian: Sapukan ke seluruh muka dan leher atau tumpukan pada kawasan yang kering; gunakan setiap pagi dan malam.
Harga Jualan: RM308.00 (50ml)
Power Rich™ — BUNGKUSAN BARU!
Rawatan pelembap yang kuat bagi merangsang penghasilan kolagen, menolong mengembalikan ketegangan dan keanjalan. Campuran pelbagai multivitamin dan hidrat bahan botanikal aktif, pengelupasan dan menolong melawan tanda-tanda penuaan.
Cara Pemakaian:Â Sapukan Power Rich ke atas kulit yang telah dibersihkan pada siang dan malam, berikan tumpuan kepada kawasan yang lebih ketara tanda penuaanya bagi mengembalikan kesegaran dan kekuatannya. Gred kekuatan ubatan formula ini menjadikannya yang paling efektif apabila digunakan pada kulit yang telah dicuci. Tunggu 1 minit sebelum menggunakan SPF ataupun mekap.
Harga Jualan: RM695.00 (5x10ml)Â
Produk Dermalogica boleh didapati di AsterSpring Origin of Beauty Origin, Leonard Drake Skin Care Health Spa dan di kesemua pusat penjagaan kulit Dermalogica yang sah yang disyorkan pakar penjagaan kulit profesional. Hubungi pusat Dermalogica yang berdekatan dengan menghubungi 03.7809 6666.