Ketika orang masih berteka teki dimanakah ‘hilangnya’ Nur Afifah Nasir selepas terpalit insiden perosak rumah tangga Aliff Aziz, aktres cantik itu bersedia untuk berhadapan realiti tersebut.
Afifah Bersedia Untuk Buka Mulut Bercerita Tentang Isu Aliff Aziz
Afifah, 24, berkata, dia akan membuat satu kenyataan bagi merungkai persoalan berkenaan namun mahu diberikan sedikit masa.
Jawapan yang diberi itu sedikit sebanyak dapat menjawab pertanyaan netizen kononnya pelakon ini cuba melarikan diri daripada berkata sesuatu selepas Aliff Aziz mengaku curang terhadap isterinya, Bella Astillah.
Malah sebelum itu pelakon drama bersiri Izinkan Aku Mencintaimu ini pernah menyatakan kesudiannya untuk berkongsi perkembangan mengenai perkara itu bagaimanapun sehingga kini dia dilihat masih berdiam diri.
Sumber: Mstar Online