Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza berkata, dia memang meletakkan syarat untuk mendapatkan khidmat orkestra sebagai pemuzik bagi acara persembahan Afgan Live In Concert with Orchestra di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu juga memuji kehebatan kira-kira 25 pemuzik orkestra dari Malaysia yang disifatkan hebat dan profesional.
“Saya memang kagum saat menjalani sesi latihan dengan mereka biarpun baru sekali sahaja.
“Walaupun baru dapat nota muzik untuk konsert saya, mereka sudah bisa memainkan dengan baik,â€
– Afgan
Afgan kali terakhir membuat persembahan bersama iringan muzik orkestra lapan tahun lalu sewaktu menjayakan konsert bersama Erwin Gutawa.
Pada konsert itu, Afgan bakal membawakan 25 lagu popularnya, termasuk lagu penyanyi tempatan yang masih dirahsiakan.
Bagi edisi kali ini, dia bakal berduet dengan rakan senegaranya, Raisa dengan lagu berjudul Percayalah.
Hampir setiap tahun mengadakan konsert di sini, Afgan memberitahu bahawa dia tidak pernah bosan dengan Malaysia dan berharap peminatnya juga tidak jemu.
Afgan turut meluahkan rasa gembira dan syukur apabila tiket konsertnya kali ini ‘sold out’ seperti konsert terdahulu.