Dalam diam-diam, rupanya penyanyi popular Indonesia, Afgan, 29, sedang merancang untuk berkahwin dalam dalam masa terdekat setelah segala urusan penting dapat diselesaikan.
Wah, tetiber je ni nak kahwin. Siapalah wanita yang bertuah tu ya? Mesti cantik lawa orangnya. Budiey tak sabar nak tengok wajah wanita idaman Afgan… yang pasti cinta Afgan bukan cinta biasa.
Jangan pulak berita ini jadi bahan gimik sudah la ya. Tahun depan boleh la tengok baby Afgan… kalau ada rezeki la ya. Semua tu ketentuan, iya kan?
Menurut Afgan, sebelum ini dia merancang untuk berkahwin pada umur 27 tetapi hasrat itu masih tidak dapat dilaksanakan.
“Saya merancang untuk berkahwin secepat yang mungkin setelah semua urusan penting dapat diselesaikan.
“Secara jujurnya, dahulu saya merancang untuk berkahwin pada umur 27, sekarang umur saya 29, sudah terlajak!”
Afgan berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Konsert Dekade bertempat di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Konsert ini akan berlangsung pada Sabtu, 3 November bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.
Bagi anda yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert ini, harga tiket dijual pada harga RM 588 (pakej gold) dan RM 888 (pakej platinum).
Pembelian tiket boleh dibuat menerusi laman web ticketcharge.com.my atau menerusi talian 03-9222 8811.