Penyanyi popular Indonesia Afgan atau nama penuhnya Afgansyah Reza telah disahkan positif Covid-19, dan beliau sekarang ini sedang menjalani kuarantin sendiri di kediamannya.
Pelatun lagu ‘Ku Dengannya Kau Dengan Dia‘ ini berkongsi video keadaan dirinya yang terkini, setelah menjalani isolasi sendiri selama empat hari ini.
Menerusi perkongsian video Afgan di Instagramnya, penyanyi dari tanah seberang ini menyatakan setakat ini dirinya tidak menghadapi sebarang simptom atau gejala. Afgan menyatakan ia mungkin kerana dirinya sendiri sudah divaksin dan tubuhnya dalam keadaan sihat.
“Jadi nampaknya saya mendapat Covid. Hari ini hari keempat saya, dan setakat ini saya tidak mengalami sebarang simptom. Mungkin kerana saya sudah divaksinasi, jadi semua orang tolong dapatkan vaksin anda kerana jika anda dijangkiti ianya tidak akan merasa teruk sangat”
– Afgan
Berdasarkan hantaran tersebut, Afgan menasihati orang ramai supaya segera mendapatkan vaksin agar dapat menangani virus pandemik tersebut.
Jaga Kesihatan Dengan Mengamalkan Senaman
Afgan juga berkongsikan bagaimana dirinya menjalani isolasi di rumahnya denga kerap melakukan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan dan imun diri dengan rajin bersenam.
“Jadi beginilah yang saya lakukan untuk kekal cergas semasa isolasi, dengan melakukannya secara ringan dan mudah. Kepada mereka yang seperti saya mendapat Covid tanpa sebarang simptom, jika kamu ingin lakukan senaman, lakukannya secara bersederhana.
Kita hanya mahu kekalkan endorphin, kita tidak mahu kamu menjadi letih. Yang masih sihat, kekal sihat! Dan yang lagi kena Covid, semangat ya cepat sembuh”
– Afgan
Melihat situasi Afgan, suntikan vaksin sedikit sebanyak dapat membantu menangani serangan Covid dalam tubuh. Apa-apapun, semoga Afgan cepat pulih dari Covid-19 ini.
Sementara itu, ruang komen akaun IG Afgan dibanjiri kata-kata semangat pengikut yang mendoakan dirinya cepat sembuh. Sebelum ini, beberapa artis Indonesia seperti Rossa dan Bunga Citra Lestari disahkan positif COVID-19.