in , ,

Afgan Live In Penang 2024: Konsert Solo Terbesar Penyanyi Indonesia

Tutup Tahun 2024 & Buka Tahun 2025 Dengan Konsert Istimewa.

Afgan, penyanyi berbakat dari Indonesia yang memikat hati peminatnya dengan lagu-lagu romantis, kini kembali menggegarkan pentas Malaysia melalui konsert terbesar, AFGAN LIVE IN PENANG 2024. Berlangsung pada 28 Disember 2024 di Setia SPICE Arena, Pulau Pinang, ini pasti menjadi berita gembira buat peminat setia penyanyi yang dikenali dengan vokal gemersiknya.

Afgan bukan nama baharu dalam industri muzik Malaysia. Sejak debutnya pada tahun 2009, Afgan telah memenangi hati peminat dengan hits seperti Jodoh Pasti Bertemu dan Bukan Cinta Biasa.

Walaupun ini bukan kali pertama Afgan membuat persembahan di Malaysia, konsert kali ini dijangka menjadi persembahan yang lebih besar dan istimewa, kerana ini adalah konsert solo terbesarnya di Malaysia.

Afgan Live In Penang 2024: Konsert Solo Terbesar Penyanyi Indonesia

Pulau Pinang Bersedia Menyambut Afghan

Dengan sokongan Tourism Malaysia, Strategy X Entertainment memilih Pulau Pinang sebagai lokasi untuk mengadakan AFGAN LIVE IN PENANG 2024.

Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 28 Disember 2024 di Setia SPICE Arena, bermula jam 8 malam. Encik Mohd Arif Othman dari Strategy X Entertainment yakin bahawa ini adalah masa yang tepat untuk menghadirkan pengalaman konsert yang luar biasa buat peminat setia Afgan.

Afgan Live In Penang 2024: Konsert Solo Terbesar Penyanyi Indonesia

“Kami percaya AFGAN LIVE IN PENANG 2024 yang pertama kali diadakan dalam skala besar di Setia SPICE Arena akan menjadi kenangan manis buat semua pihak — sama ada bagi kami selaku penganjur, bagi Afgan yang diraikan, dan juga buat peminat yang pastinya sudah lama merindukan kehadirannya,”

– Arif
Afgan Live In Penang 2024: Konsert Solo Terbesar Penyanyi Indonesia

Beliau menambah bahawa, walaupun mereka tidak menjanjikan sesuatu yang luar biasa, mereka percaya bahawa aura dan daya tarikan Afgan akan memastikan konsert ini menjadi sesuatu yang tidak dapat dilupakan. “Kami percaya kepada kualiti dan aura Afgan. Konsert ini pasti akan memulakan tahun 2025 dengan penuh keceriaan,” tambahnya.

Aura Afgan Tidak Pernah Pudar

Bagi Afgan sendiri, walaupun sudah banyak kali beliau memenuhi jemputan untuk persembahan dan konsert di Malaysia, semangat peminatnya yang sentiasa memberi sokongan kuat adalah sesuatu yang memberi kekuatan dan semangat baharu.

“Saya tidak pernah jemu ke Malaysia, dan apabila dilamar untuk AFGAN LIVE IN PENANG 2024, saya dengan pantas berkata ‘ya’ kerana saya tahu peminat di Malaysia sentiasa luar biasa dan bersemangat,” ujar Afgan. Beliau juga mengakui bahawa walaupun konsert ini diadakan di Pulau Pinang, dia yakin peminatnya akan datang dari serata negara.

Afgan Live In Penang 2024: Konsert Solo Terbesar Penyanyi Indonesia

Afgan juga berjanji akan mempersembahkan karya-karya terbarunya di konsert ini, termasuk single terkininya, Escape, yang merupakan duet bersama penyanyi terkenal, Jessi. Jadi, bagi mereka yang tidak sabar untuk mendengar karya baharu Afgan secara langsung, ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Harga Tiket & Maklumat Pembelian

Untuk mereka yang tidak sabar untuk menyaksikan AFGAN LIVE IN PENANG 2024, pembelian tiket boleh dibuat di laman sesawang ticket2u.com bermula pada 1 Oktober 2024. Berikut adalah kategori tiket yang ditawarkan:

  • TERIMA KASIH CINTA – RM 138
  • BUKAN CINTA BIASA – RM 188
  • BAWALAH CINTAKU – RM 258
  • KUNCI HATI – RM 288
  • JODOH PASTI BERTEMU – RM 318
  • UNTUKMU AKU BERTAHAN – RM 388

Dengan harga tiket yang berpatutan dan pilihan kategori yang pelbagai, pastinya peminat akan mendapatkan pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan.

Afgan Live In Penang 2024: Konsert Solo Terbesar Penyanyi Indonesia

Maklumat Konsert

  • Artis: Afgan
  • Acara: Afgan Live in Penang 2024
  • Lokasi: Setia SPICE Arena, Penang
  • Tarikh: 28 Disember 2024
  • Waktu: 8.00 malam

Penganjur: Strategy X Entertainment
Disokong Oleh: Tourism Malaysia
Hotel Rasmi: Imperial Lexis Kuala Lumpur
Radio Rasmi: Era FM, Sinar FM
Digital Rasmi: Astro Gempak

Konsert ini pastinya bukan sahaja penutup tahun yang luar biasa tetapi juga permulaan tahun 2025 yang penuh dengan kenangan manis. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman luar biasa ini dan bersedia untuk menyanyi bersama Afgan dalam konsert solonya yang terbesar di Malaysia!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Google Pixel Buds Pro 2: Adakah Fon Telinga Ini Berbaloi Untuk Anda?