in

Afgan, Jamal Abdillah, M.Nasir di Mini Karnival dan Konsert Inspirasi TV3

TV3 menganjurkan mini karnival dan konsert bertemakan Inspirasi TV3 sempena menyambut ulang tahunnya yang ke- 25 tahun. Pengunjung bukan sahaja dihiburkan dengan persembahan istimewa dari penyanyi-penyanyi tersohor malah berpeluang menghabiskan masa menyertai aktiviti-aktiviti menarik bersama keluarga.

Personaliti TV3 lama dan baru akan bersama para pelakon yang menjayakan drama-drama terbitan TV3 turut turun padang meraikan hari bersejarah ini seperti Kamal Adli, Fizz Fairuz, Remy Ishak, Erry Putra, Fizo Omar, Fouziah Gous dan ramai lagi.

Manakala artis yang membuat persembahan di Konsert Inspirasi TV3 ialah Jamal Abdillah, M.Nasir, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Adibah Noor, Noryn Aziz, Aizat, Wings, Estranged, Hujan dan penyanyi undangan dari seberang, Afgan.  

Hari/Tarikh : 20 Jun 2009 (Sabtu)

Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Waktu : 2.00 – 6.00 petang (aktiviti)  

8.30 malam (Konsert Inspirasi – Siaran langsung bermula jam 9.00 malam)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod Akhir

Melodi TV3 Musim Baru Lebih Gempak Dengan Skuad Melodi, Fafau dan Wahid