in

Afee U-Topia Dilantik Jadi Duta MaxPower

DALAM keadaan harga minyak semasa di pasaran membuatkan semua pemilik kenderaan persendirian dan kenderaan perdagangan tercari cari cara terbaik untuk mengurangkan kos pengangkutan. Kita tiada pilihan lain selain membeli minyak samada petrol atau diesel dengan harga jualan semasa.

Kilauan Impian Sdn Bhd (KISB), pembuat dan pengedar tunggal produk penjimatan MaxPower Revolution (MP-R) ada penyelesaian untuk masalah ini. Syarikat milik penuh anak Malaysia ini sentiasa membuat kajian dari semasa ke semasa dalam menghasilkan gajet gajet penjimatan dan mula memasarkannya sejak tahun 2008. Kini, KISB telah berjaya mengembangkan sayapnya ke Singapura, Brunei, Thailand, Filipina dan yang terkini sedang mengkaji pasaran Australia.

Afee

Gajet Penjimatan MP-R digelar Malaysian Product Revolution

Apabila disebutkan tentang penjimatan minyak untuk kenderaan kenderaan individu, MP-R sememangnya sudah lama menjadi bualan pemilik kenderaan, namun pada Mei lalu, MP-R telah mengorak langkah baru dengan memperkenalkan gajet penjimatan minyak untuk kenderaan berat iaitu MP-R Heavy Duty (HD) dan pelancaran telah dilaksanakan oleh Timbalan Menteri Luar Malaysia, Y.B Dato’ Hamzah Zainuddin yang menggelarkan MP-R sebagai ‘Malaysian Product Revolution’. Gajet MP-R pastinya menjadi tarikan utama bagi syarikat syarikat pengangkutan bukan sahaja lori dan bas, namun pemilik feri juga turut mendapat faedah penjimatan daripada penggunaan gajet MP-R ini.

Dengan melihat rupabentuk MP-R yang boleh di anggap ‘simple’ dan kecil, semua pengguna MP-R terkejut dengan penjimatan luarbiasa pada kenderaan mereka dan secara langsung telah menjimatkan kos pengangkutan dan belanja bahanapi dapat dikurangkan sehingga 30%. Bagi kenderaan biasa pula, penjimatan yang amat hebat ini menjangkau sehingga 50%.

Gajet penjimat minyak ini mendapat sambutan yang ramai dari semua golongan masyarakat. Tidak ketinggalan penyanyi kumpulan U-Topia di era awal sembilan puluhan iaitu Mohamah Safee atau lebih di kenali sebagai Afee telah mencuba produk MP-R ini.

Setelah mencubanya sendiri ternyata keberkesanan produk yang menyebabkan penyanyi kumpulan U-Topia Afee ini tertarik dan sekaligus dilantik menjadi seorang duta kepada produk MaxPower Revolution secara tidak rasmi. Tidak terhenti setakat itu, Afee juga salah seorang pengedar produk dan membuat jualan yang mendapat sambutan hangat oleh peminat-peminat Afee sendiri.

Dengan populariti sebagai artis Afee lebih mudah mendekati peminatnya untuk menjual produk yang berkesan ini. Beberapa bulan setelah Afee menjadi pengedar kepada produk ini, pihak syarikat melihat kesungguhan yang ditunjukan oleh Afee mendapat sambutan yang sangat baik. Syarikat kemudianya melantik Afee sebagai Jurucakap kepada syarikat secara tidak rasmi dan sekarang Afee sering keluar dalam Rancangan Tajaan Radio berkaitan MP-R di Klasik FM, Ikim FM, dan Perak FM.

Penyanyi yang digelar otai masih berbisa ini ternyata masih berbisa dan masih popular dengan lagu berjudul ‘Maya Percintaan’ dan yang terbaru lagu yang berjudul ‘Maafkan Aku’. Kini Afee masih mendapat panggilan untuk membuat persembahan dan mempromosikan produk MaxPower Revolution (MP-R) . Pada hari 16 Nov 2013 Afee telah menandatangani perjanjian bersama syarikat sebagai duta dan jurucakap secara rasmi di seluruh Malaysia.

Selain itu juga Syarikat Kilauan Impian Sdn. Bhd. mempunyai dua orang personaliti pemain bola sepak profesional yang sekarang semakin meningkat naik. Bermula seorang pemain bola sepak anak kelahiran Sabah ini iaitu Bobby Gonzales yang merupakan penyerang pasukan bola sepak Sarawak dan skuad Harimau Malaya ini turut tidak ketinggalan mengunakan produk yang terhangat MP-R ini.

Bobby adalah pemain di liga division dua dan sekarang telah menjuarai Liga Primer telah diserapkan ke division satu Liga Super pada musim depan. Bobby Gonzales telah dilantik menjadi duta syarikat secara tidak rasmi. Bukan sekadar menjadi duta malah Bobby jugak turut di beri peluang untuk menjadi pengedar produk. Dengan corak permainan yang pantas kerap menjadi ancaman kepada kubu lawan Bobby Gonzales di panggil bermain bersama skuad Negara.Pada hari ini Bobby tidak dapat bersama-sama kerana menjalani latihan bersama skuad Negara di Bahrain.

Setelah meyakini produk ini berkesan, Bobby Gonzales mengesyorkan produk ini kepada rakannya iaitu Zamri Morshidi yang pada masa itu bermain bersama PKNS FC. Bermula dengan pasukan berstatus kelab Zamri Morshidi turut tidak melepaskan peluang menjadi salah seorang penguna kepada produk MP-R gajet penjimat minyak ini.Setelah mengunakanya dan mendapati keberkesanan produk ini Zamri turut berminat menjadi pengedar kepada produk MPR.

Dengan jualan produk yang mendapat sambutan ramai, Zamri Morshidi telah di lantik oleh syarikat sebagai duta produk secara tidak rasmi. Sekarang pemain kelahiran Kuching Sarawak ini telah menyertai rakanya bersama pasukan Sarawak dan bersama-sama menjuarai liga Primer musim ini. Salah seorang Penyerang juga Zamri Morshidi mempamerkan aksi yang mantap dan lincah. Zamri bersama Bobby pada mulanya menjadi duta Syarikat di Sarawak. Pada hari ini tanggal 16 Nov 2013 kedua-dua pemain pasukan Sarawak ini secara rasminya menjadi duta Syarikat Kilauan Impian dan pada hari ini juga 16 Nov 2013 upacara menandatangani perjanjian sebagai duta produk di seluruh Malaysia.

Hanya pada harga RM219/unit (WM) atau RM239/unit (EM) untuk seunit MP-R biasa dan RM399 untuk seunit MP-R HD amat berbaloi dengan jangkahayat 8 – 10 tahun. KISB menjanjikan pembelian tanpa risiko dengan jaminan pulangan wang 100% dan waranti produk bagi tempoh 18 bulan.

Pemilik MP-R secara otomatik akan memperoleh faedah faedah lain sebagai pemilik MP-R dan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya di lawan web http://mpr4u.my atau laman sosial di http://facebook.com/mpr4u. Selain itu, anda boleh mendapatkan maklumat audio visual mengenai MP-R dengan melayari http://youtube.com/mprmediatv. Hotline MP-R 010 510 9300 / 010 510 9311.

Afee

Afee

Afee

Afee

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Angkasawan Negara Ajak Peminat ke Spain & Morocco

Video Brosur TM Together With Bloggers