Atas keprihatinan dan demi menjayakan misi kemanusiaan ke Gaza, artis serba boleh, Afdlin Shauki melakukan pergorbanan yang cukup besar dengan meninggalkan keluarga termasuk isteri dan anak tersayang dan akan menyertai misi menghulurkan bantuan pada 3 hingga 10 Disember ini.
[dropcap]M[/dropcap]alahan menurut pengarah, pelakon, penyanyi dan pelawak ini dia bukan saja meninggalkan keluarga tercinta bahkan dia harus menguatkan semangat untuk menjejakkan kaki ke negara bergolak itu.
Biarpun dia mengaku agak takut, namun dalam hati dia perlu kuatkan semangat demi melaksanakan misi tersebut.
Bercakap kepada Berita Harian, walaupun ada sahabat yang melarang dan tidak ketinggalan yang menggalakkan dia ke sana, dia tidak mahu berfikir panjang lagi kerana niatnya ikhlas untuk merasai sendiri apa yang berlaku di bumi Palestin. Dia juga sudah bersedia dan reda dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku. Di samping dia turut memohon rakyat negara ini mendoakan agar dia selamat pergi dan selamat pulang.
[pullquote align=”right”]Menurut Afdlin lagi, keterbukaannya untuk mengunjungi Gaza sudah lama dipendamkan, tanpa dipengaruhi mana-mana individu.[/pullquote]
Selaku duta pertubuhan Aqsa Syarif, Afdlin akan mengikuti misi utama pertubuhan berkenaan bersama enam kru daripada Vision Works yang diberi nama A2G11. Ia turut diikuti Pengerusi pertubuhan itu, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan dua Anggota Lembaga Pemegang Amanahnya, Dr Ir Selamat Aliman dan Dr Fauziah Hassan.
[pullquote]Afdlin turut memberitahu, perjalanan mereka akan dirakam sebagai bahan dokumentari yang bertujuan memaklumkan kepada dunia mengenai isu kemanusiaan.[/pullquote]
Dokumentari tersebut akan ditayangkan untuk rakyat negara ini dan hasil jualan akan disalurkan kepada pertubuhan Aqsa Syarif.
Semoga Afdlin dan teman seperjuanganya yang lain selamat pergi dan pulang ke tanah air dengan selamat. Amin, InsyaAllah.