in , ,

Afdlin Shauki Rasa Bahagia & Tenang Semula Lepas Dua Bulan Berkahwin

Hampir dua bulan bergelar suami, pelakon Datuk Afdlin Shauki berkata dia kini rasa bahagia dengan kehidupan selepas mendirikan rumah tangga.

Afdlin meluahkan rasa syukur serta mengatakan hidupnya kini lebih tenang apabila makan minumnya kembali dijaga oleh seorang isteri.

“Saya sekarang sangat bahagia, seronok, tenang dan makan minum sudah dijaga kembali. Setakat ini Alhamdulillah saya sangat gembira dengan keadaan diri saya sekarang. Semanya berjalan dengan baik,”

– Afdlin

Sementara itu, Afdlin berkata dia turut bersyukur perkahwinannya itu diterima baik oleh anak-anak dan juga bekas isterinya, Christina.

“Saya menghormati isteri saya, dia tidak kisah jika saya nak kongsikan berita gembira ini tapi saya mahu berikan kami masa. 
“Saya nak umumkan pada Ogos lalu tapi ada PRN pula, saya tak mahu fokus orang  lari. Alhamdulillah semua keluarga menerima perkahwinan ini dengan baik,”

– Afdlin

Dalam pada itu, Afdlin mengakui kasihan tidak dapat mengadakan majlis perkahwinan yng sempurna namun isterinya okay sahaja kerana niat utama mereka mahu menghalalkan hubungan.

“Kesian juga dengan isteri saya kerana tiada majlis perkahwinan besar-besaran tapi Alhamdulillah dia cakap tak kisah dan okay sahaja. Niat kami hanya untuk menghalalkan hubungan dan majlis pernikahan sudah cukup untuk meraikan kami,”

– Afdlin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NABILA HUDA

Terbaiklah! Selebriti Popular Sokong Perniagaan Tempatan di Shopee Live

NAMIRA

Bulan, Runut Bunyi Filem Pagari Bulan Namira Dapat Perhatian Ramai