Evian par Jean Paul Gaultier Prêt-à-Porter
Botol Edisi Terhad kini di Malaysia
Evian, jenama air botol minuman bermutu premium yang termasyhur di dunia, sekali lagi berganding dengan seorang pereka terkenal antarabangsa untuk menghasilkan rekaan eksklusif koleksi edisi terhad bagi tahun 2009.
Tahun ini, Evian telah menggunakan kepakaran seorang pereka fesyen yang berbakat besar, Jean Paul Gaultier, untuk menyerlahkan ketulenan air minuman Evian. Terkenal dengan koleksi fesyennya yang asli dan terpilih, Jean Paul Gaultier telah memberikan sentuhan yang muda dan keceriaan kepada air mineral Evian.
Evian par Jean Paul Gaultier Prêt-à-Porter Limited Edition Bottle Debuts in Malaysia
Gambaran kristal gergasi memancarkan gunung berkilauan dan huruf biru besar pada botolnya mencipta kesan visual yang memukau sesiapa sahaja yang menghargai keindahan dan kecantikan. Pendek kata, botol edisi terhad Evian memaparkan kurniaan alam yang begitu berharga kepada manusia. Untuk dijadikan hiasan secara sendirian atau gandingan pasangan, hasil ciptaan ini melambangkan paduan antara pereka Perancis yang ranggi dan sumber inspirasinya, air mineral semula jadi Evian.
Botol edisi terhad Evian telah dilancarkan di Evian Garden di Restoran Bon Ton Kuala Lumpur di Lot 10. Restoran itu dipilih sebagai lokasi utama jenama dan dihias dengan rekaan Evian yang menarik untuk menggamit perhatian pengguna.
From left to right: Benny Tan, Managing Director, GBA Corporation Sdn Bhd; Mohan Alagappar, General Manager of GBA Corporation Sdn Bhd; and Wong Wei Mun, Area Manager of Malaysia, Indonesia, Brunei and Philippines of Danone Imported Waters (Asia) Pte Ltd
Di majlis pelancaran koleksi istimewa ini, Wong Wei Mun, Pengurus Danone Imported Waters (Asia) Pte Ltd bagi Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina, berkata, “Ciptaan terbaru ini benar-benar mencerminkan kesungguhan Evian untuk menghasilkan koleksi unik, yang menggabungkan fesyen dan keagungan alam dengan cara yang memaparkan keharmonian dan kemewahan.”
“Lebih penting lagi, botol ciptaan eksklusif ini mencerminkan ketulenan air mineral yang terkandung di dalamnya. Oleh kerana kami amat bangga dengan jenama Evian, sudah tentulah kami memilih untuk memperkenalkan produk yang menarik dan kontemporari ini kepada pengguna kami yang semakin sofistikated di Malaysia.”
Sungguhpun reka bentuk botolnya baru dan gah, kandungannya tetap menunaikan janji ketulenan Evian kerana setiap titis air Evian berasal daripada titisan air hujan dan salji yang jatuh di pergunungan Alps Perancis yang bersih lagi dingin. Air ini kemudian melalui proses penurasan semula jadi jauh di dalam pergunungan dan perjalanan yang menjangkau selama lebih 15 tahun. Air Evian dibotolkan terus dari sumbernya tanpa dirawat atau disentuh oleh tangan manusia, sebelum dihantar ke seluruh dunia dalam keadaan semula jadinya yang sempurna.
Jenama Evian adalah pemimpin pasaran semasa di Malaysia dalam kategori air botol premium yang diimport. Dengan tawaran terbaru ini, Evian berhasrat untuk mengukuhkan lagi kedudukannya di pasaran.
Mulai Disember 2008, botol edisi terhad Evian par Jean Paul Gaultier Prêt-à-Porter boleh didapati di pasar raya pada harga runcit yang disyorkan RM39.90. Evian juga memulakan pakatan kerjasama strategik dengan rakan niaga, khususnya gedung Denise Wine, butik ELLE dan hotel seperti Novotel, Mandarin Oriental, Equatorial KL, Park Royal dan Renaissance Melaka.
Air Evian turut disediakan dalam botol 330ml, 500ml, 1 litre dan 1.5 litre.
Starting from second person, left to right: Wong Wei Mun, Area Manager of Malaysia, Indonesia, Brunei and Philippines of Danone Imported Waters (Asia) Pte Ltd, Monica Lee and Benny Tan, Managing Director, GBA Corporation Sdn Bhd
From left to right: Afdlin Shauki, Joanna Bessey, Belinda Chee, Carmen Soo, Wong Wei Mun, Area Manager of Malaysia, Indonesia, Brunei and Philippines of Danone Imported Waters (Asia) Pte Ltd, Monica Lee, Jia Hui and Steven Sunny at the launch of the Evian par Jean Paul Gaultier Prêt-à-Porter
Mengenai evian
Sejak 1789, Evian Natural Mineral Water telah menjadi jenama air botol yang utama di dunia, diedarkan di lebih 140 negara. Proses penurasan setiap titis Evian yang mengambil masa lebih 15 tahun untuk melalui pasir glasier yang kaya dengan mineral di Pergunungan Alps Perancis menjadikannya air tulen semula jadi yang paling berharga, dengan kandungan mineral yang seimbang dan perasa yang lembut.
Evian Natural Mineral Water diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn Bhd. Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Evian, sila hubungi GBA Corporation Sdn Bhd menerusi telefon 603-5636 9863 atau kunjungi laman web www.evian.com.my.