in

Aeril Zafrel Nafi Kahwin Dengan Wawa Zainal

Meskipun masing-masing tidak pernah memberi kenyataan yang jelas mengenai status hubungan mereka, namun kedua pelakon yang semakin meningkat naik namanya ini, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dikatakan hangat bercinta.

Terkini, timbul gosip, kononnya seorang pelakon wanita yang sudah lama menghilang sebenarnya telah selamat melahirkan anak dan kini sedang berpantang. Suami kepada pelakon wanita itu pula dikatakan seorang pelakon juga yang cukup popular dengan drama yang ditayangkan pada waktu petang. Berita itu didakwa diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai iaitu keluarga angkat pelakon lelaki itu sendiri.

Ramai yang bertanyakan hal itu, adakah pelakon lelaki yang didakwa telah berkahwin itu merupakan Aeril Zafrel kerana secara kebetulan drama lakonannya iaitu Cinta Jannah sedang hangat pada waktu petang di TV3.

Dan mungkin pelakon wanita yang didakwa menjadi isterinya itu adalah pelakon Wawa Zainal yang kebetulan sedang berehat di kampung halamannya di Sabah sejak empat bulan lalu kerana berubat akibat penyakit misteri atau bahasa mudahnya penyakit berkaitan makhluk halus.

“Saya tidak tahu hendak kata apa (ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika saya nafi dan komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama sahaja.”

Dalam laporan sama Aeril juga menyatakan dia dan Wawa hanyalah sahabat baik dan mengesahkan yang temannya itu sekarang berada di kampungnya di Sabah kerana sedang berubat. Dia juga memohon pada mana-mana pihak supaya berhenti daripada membuat spekulasi kononnya Wawa kini sedang hamil.

“Tolong jangan sebarkan cerita jika tidak ada bukti dan akan memburukkan orang lain. Andai ada bukti sekalipun dan cerita itu sahih, jika dikeluarkan menjadi aib kepada tuan punya badan, tidak boleh juga dikeluarkan. Jika tidak benar, lagi berdosa dan harus meminta maaf kepada Wawa.”

Mmm… agak panas juga jadinya isu ni.

Aeril Zafrel

Aeril Zafrel

Pelakon Klik Wawa Zainal

Wawa Zainal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kekasih Hadiah Haliza Misbun Rumah Condo RM2Juta

Farid Kamil Mahu Berbaik Dengan Ibu Mertua