in

Aeril, Cando, Publisiti Murahan & Album Pertama

Seketika dulu, hangat dengan penyebaran gambar posing maut separuh bogel atas ranjang dramatis bernama Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari bersama seorang lelaki tak berbaju ni di internet. Apa yang menjadi persoalannya, kedudukan posisi masing-masing mengundang tanggapan negatif malah ada yang mengatakan seperti pasangan  ‘gay’. Adakah benar gambar mereka berdua atau strategi syarikat untuk mencetuskan kontroversi. Ketika sidang media Can Do & Secondlife di Taman Melawati baru-baru ini, media sempat bertemu dan bertanya tentang gambar tersebut dari tuan empunya badan.

“Sebenarnya gambar itu tidak membawa apa-apa maksud. Memang gambar tu gambar kami berdua. Tujuan gambar tersebut diambil adalah untuk dimasukkan ke dalam portal Can Do untuk dimuatkan ke dalam profil kami. Ianya bukan gambar untuk iklan komersial atau apa-apa. Tak tahulah pula gambar tersebut akan menimbulkan kontroversi dan mengundang salah tanggapan sesetengah pihak. Lagipun kami bukan berbogel. Kami memakai seluar pendek sebenarnya.

“Siapa yang menyebarkan gambar ini dan bagaimana ianya tersebar, kamipun tidak tahu. Ianya tidak benar kalau ada orang kata kami hanya cari publisiti murahan dengan sengaja mencetuskan kontroversi. Itu tidak benar sama sekali,” tegas Aeril.

Aeril

CAN DO SAJA CETUS KONTROVERSI?

Benarkah ada pihak yang mendakwa kumpulan duo yang masih baru dalam industri muzik tanah air, ‘Can  Do’ (bukan candu tetapi korang kena sebut betul-betul… kendu) hanya bersandarkan pada paras rupa untuk bertapak? Ini kerana kedua-dua anggota Can Do iaitu Suhairil Sunari, 21 dan Mohd Fazlif, 19 memiliki wajah atau paras rupa yang menjadi kegilaan ramai terutamanya gadis remaja sedangkan suara diorang ni sebenarnya biasa-biasa sahaja. Salah seorang daripada mereka iaitu Suhairil atau lebih dikenali sebagai Aeril telah dulu menempa nama dalam bidang lakonan. Antara lakonan terawalnya ialah Kisah Kaisara musim pertama.

Kumpulan Can Do ditubuhkan di bawah Syarikat 2ndLife Sdn Bhd. Perkataan Can Do diambil sempena portal hiburan syarikat tersebut yang akan dilancarkan pada Februari ini. Seperti artis lain, Can Do juga seperti artis lain, Can Do juga mempunyai impian untuk berjaya dan menawan hati peminat. Selari dengan selera muzik kini, konsep yang akan diterapkan ke dalam album pertama mereka nanti adalah pop. Mereka juga amat meminati lagu-lagu yang dibawa oleh penyanyi terkenal Indonesia iaitu Melly Goeslow.

Boleh jual ke tak Can Do nih, kita tengok la berapa album diorang akan laku.

Kumpulan Duo… Can DO

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Pengacara Fifi & Suaminya Feriz Omar di AJL23

Restoran Cheng Ho Amy Search Perkenal Menu Baru