Selepas drummer kumpulan Drama band disahkan positif Covid-19 bersama keluarganya, vokalis kumpulan tersebut, Aepul Roza turut sama dijangkiti wabak itu selepas menjalani ujian saringan kedua malam tadi.
Positif Selepas Buat 2nd Swab Test
Hal tersebut dimaklumkan sendiri oleh Aepul menerusi IG storynya selepas melakukan swab test di sebuah pusat kesihatan swasta.
Walau bagaimanapun, Aepul bersyukur kerana isterinya, Leez Rosli menerima keputusan negatif selepas melakukan ujian saringan tersebut.
“Saya sudah mula menjalani kuarantin di rumah sejak beberapa hari yang lalu dan menanti prosedur operasi standard (SOP) seterusnya. Doakan kami sekeluarga, terima kasih,”
– Aepul Drama Band
Tambah penyanyi itu lagi, dia sudah mulai melakukan kuarantin kendiri sejak beberapa hari lepas dan bersedia menjalani prosedur seterusnya selepas disahkan positif Covid-19 ini.
Sementara itu, Aepul berkata, setakat ini, dia masih di rumah.
“Saya hanya makan ubat demam, sebab ada rasa demam sikit. Sebenarnya, saya rasa lebih baik dari semalam. Alhamdulillah, saya mahu fikir yang positif sahaja.
“Saya sudah mengasingkan diri dalam bilik studio, sejak semalam. Anak pula, Nur Saffiya Alisha pula sudah diasingkan lebih awal, di mana kami tempatkan dia di rumah ibu mentua,”
– Aepul Drama Band
Sehubungan dengan itu, Aepul berharap agar orang ramai sudi untuk mendoakan kesejahteraan keluarganya agar mereka terlindung daripada jangkitan pandemik yang semakin menular ini.
Terdahulu drummer Drama Band, Faeez Ikhwan, isterinya yang juga penyampai Kool FM serta anak mereka disahkan positif Covid-19.
Selain daripada itu, pelakon Emma Maembong dan suami turut disahkan positif wabak tersebut walaupun tidak mempunyai sebarang simptom.