Cerekarama: Emily, 21 Ogos, Sabtu, jam 10.00malam
Uria Hannan (Uria dinamakan sempena nama Uria Hannan, nama panglima tentera Nabi Daud A.S) dan Reza berkawan baik sejak mereka sama-sama menuntut di Amerika. Mereka masih berkawan baik setelah pulang ke tanah air.
Uria seorang pelukis dan Reza seorng pensyarah. Satu hari, Reza membuat satu permintaan aneh pada Uria agar mengahwini adiknya Emily jika dia tiba-tiba meninggal dunia. Uria menganggap permintaan Reza itu tidak masuk akal.
Dua hari selepas itu, Reza meninggal dunia kerana barah otak yang dirahsiakannya. Uria dan Emily menghadapi kesukaran berdepan dengan wasiat Reza. Atas kejahilan dan ego masing-masing, mereka lalu membuat perjanjian untuk berkahwin sebagai menunaikan wasiat Reza dengan beberapa syarat dan perjanjian.
Iaitu, mereka tidak akan menyintai satu sama lain, tidak akan mengadakan sebarang hubungan sebagai suami isteri walaupun tinggal dibawah satu bumbung dan akan bercerai selepas enam bulan usia perkahwinan mereka. Emily yang bercita-cita mahu menjadi model dan gitaris seperti Joan Jett sebenarnya adalah seorang gadis yang pemalas dan anti dapur.
Dia tidak tahu memasak, kaki sepah dan mementingkan diri sendiri dan sukar dijangka. Uria terpaksa bersabar berdepan dengan kerenah dan gelagat Emily. Dalam perbalahan dan hubungannya yang sering berantakan itu, mereka dalam diam rupanya telah jatuh cinta. Sikap Emily mula berubah. Dia mula belajar mengemas rumah, memasak dan menjahit baju Uria yang koyak.
Walaupun masakan Emily teruk dan jahitannya bengkang-bengkok tapi perubahan Emily itu amat menyentuh hati Uria. Uria mempunyai sebuah galeri yang dikongsinya berama rakannya Amri. Bila Mengetahui Uria tidak pernah meniduri Emily, Amri cuba mengambil kesempatan ke atas Emily. Mampukah Uria dan Emily melawan ego masing-masing untuk berjanji sehidup dan semati?
Pelakon: Ady putra, Nabila Huda, Natasha Hudson, Tony Eusoff
Pengarah: Erma Fatima