Rasa letih tak bermaya? Stress dengan lambakan kerja? Fikiran kusut dan minda tak berapa segar? Ha… Budiey nak sarankan untuk korang beberapa terapi yang ada di AsterSpring. Sangat berkesan dan Budiey percaya, korang akan rasa berbaloi dan mahu menjalani terapi untuk kali kedua.
Memang tubuh badan kita sekali sekala perlu direhatkan dan diberi pemulihan. Bateri pun kena caj, ini kan pula badan manusia.
Nak atas keletihan, bikin stress jadi hilang dan badan jadi sihat, segar dan bermaya… apa kata, cubalah salah satu terapi yang ada di AsterSprings ni.
Sauna Bio-Kesihatan Sinar Infra Merah
(Bio-Health Far Infrared Ray Sauna)
AsterSpring memperkenalkan Bio-Kesihatan Sauna FIR. Ianya satu cara mudah untuk mengeluarkan peluh bagi kesihatan badan yang menyeluruh.
Sauna kering separa-badan ini diperbuat daripada kayu pokok cedar merah dan menggunakan tenaga haba fiber karbon yang menghasilkan 90% tenaga Sinar Infra Merah yang baik untuk tubuh badan.
Ianya menggalakkan proses sterilisasi semulajadi yang mampu menghalang tindakan mikro-organisma dalam tubuh badan. Alat pemanasan haba fiber karbon yang diperbuat daripada gabungan mineral semulajadi boleh menghasilkan Sinar Infra Merah antara 8 hingga 14 mikron.
Apa faedahnya:
- Menggalakkan peredaran darah yang lebih baik.
- Meningkatkan fungsi metabolisma tubuh badan.
- Membantu tubuh badan untuk mendetoksifikasikan dengan lebih berkesan.
- Teknologi Sinar Infra Merah (FIR) boleh memulihkan tisu yang rosak. Tenaga ini menggalakkan peredaran darah yang lebih baik dan dapat meningkat kadar metabolisme. Sekaligus, ianya membantu tubuh badan mendetoksifikasi. Perubatan tradisi Cina memberi jolokan “buah pinggang ketiga” kepada tisu kulit kerana tisu kulit berupaya mendetoksifikasi sehingga 30% lebihan toksin. Hasilnya, kulit anda jadi sihat dan lebih berseri.
Terapi Balneo-Oxy (Balneo-Oxy Therapy)
Satu kaedah terapi pengewapan termal menggunakan mesin canggih yang menghasilkan oksigen tulen daripada air yang dicas ion bertujuan untuk menyegarkan tubuh badan.
Penggunaan selama 30 minit dapat meningkatkan kadar metabolisma dan mencegah penumpulan toksin dalam tubuh badan. Ia juga dapat melembutkan serta menghaluskan kulit.
Memang rasa seronok dapat mandi wap, tapi terapi ini lain kerana ia umpama anda mandi dengan oksigen. Itu yang buat kulit anda lebih bermaya dan berseri. Hasilnya, badan juga akan terasa kesegaran yang sangat optimum!
Cuba dan anda akan rasa perbezaannya!
Terapi Kompresi Negatif Selanjar
(Intermittent Negative Compression Therapy)
Pengenalan Produk & Terapi:
Kaedah vakum yang digunakan menghasilkan efek keseluruhan yang berkesan untuk keanjalan tisu tubuh badan, khususnya untuk bahagian dari paras bawah pinggang.
Ciri-ciri:
- Terapi ini menghasilkan kesan urutan pola irama tekanan rendah pada keseluruhan tubuh badan yang dirawat.
- Mesin terapi yang berbentuk kapsul dengan tekanan terkawal membantu menyelaraskan peredaran darah dan bendalir (limfa) tidak berwarna dari tisu-tisu tubuh badan.
Apa faedahnya:
- Menyegarkan semula bahagian tubuh badan dari paras pinggang ke bawah dengan membantu memperbaiki peredaran bendalir (limfa) tidak berwarna dari tisu-tisu tubuh badan.
- Menguatkan tisu-tisu penghubung.
- Membantu tubuh badan menyahtoksin dan secara tidak langsung mengurangkan pembentukan selulit.
Terapi Tenaga ORP (ORP Energy Therapy)
Pengenalan Produk & Terapi:
ORP Energy Therapy ialah satu perawatan kesihatan yang menggunakan batu hasil gunung berapi sebagai konduktor mengalirkan haba thermal kepada tubuh badan. Perawatan ini juga menghasilkan ion bercas negatif yang bertujuan untuk mengurangkan bahan radikal bebas daripada membentuk dalam tubuh badan. Terapi Tenaga ORP ini juga berguna untuk tujuan kesihatan keseluruhan dan mempertingkatkan imuniti tubuh badan daripada pelbagai penyakit.
Ciri-ciri:
- Setiap rawatan menghasilkan lebih kurang 20,000 ion bercas negatif
- Setiap rawatan menghasilkan tenaga sinar infra merah.
- Elektrolisis
Faedah:
- Membantu peredaran darah yang lebih baik dan meningkatkan kadar metabolisma
- Membantu tubuh badan menyahtoksin
- Mempertingkatkan system imuniti tubuh badan
- Membakar sekurang-kurangnya 600 kalori setiap rawatan
- Mengurangkan pembentukan bahan radikal bebas dalam tubuh badan.
Perkhidmatan ini boleh didapati di cawangan AsterSpring terpilih.
Kunjungi cawangan AsterSpring terpilih yang berdekatan dengan anda sekarang~! Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan di +603 7809 6666 (Isnin – Jumaat dari 9.00 pagi – 6.00 petang), 03-21615115 atau layari laman web www.asterspring.com
PERADUAN MENANGI TERAPI KESIHATAN TUBUH ASTERSPRING
MAHU MENCUBA TERAPI DI ATAS? HA! INI PELUANG UNTUK ANDA. MENANGI BAUCAR TERAPI KESIHATAN TUBUH BERNILAI RM 148 PERCUMA!
Khas untuk pembaca setia Budiey.com, 50 penyertaan pertama yang menjawab soalan berikut dengan betul akan menerima hadiah satu baucar untuk terapi kesihatan tubuh bernilai RM 148 secara PERCUMA di ASTERSPRING!
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba serta memperbaiki kesihatan tubuh badan anda. Hantarkan segera. Siapa cepat dia dapat!!!
Soalannya: Namakan salah satu terapi kesihatan tubuh yang terdapat di AsterSpring?
Hantarkan jawapan anda kepada: [email protected]
TAJUK EMAIL: PERADUAN MENANGI TERAPI KESIHATAN TUBUH ASTERSPRING
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama dan No kad pengenalan:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Tarikh tutup penyertaan : 18 MEI 2009
Selamat mencuba!
Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.