Blog entri ini dibawakan khas oleh www.canbankingbebetter.com. Namun, apa yang Budiey tulis ini berdasarkan pendapat serta pandangan sendiri dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Semua orang memiliki akaun bank sendiri. Boleh dikatakan setiap hari kita berurusan dengan bank. Betul tak?
Entri Budiey kali ini, bukan nak bercerita pasal masalah atau kes selebriti dengan bank atau ada artis tak bayar hutang PTPTN. Tapi Budiey nak lepas geram dengan masalah yang Budiey alami ketika di kaunter sebuah bank terkenal ni. Ishhhh! Geram betul!
Sebelum ini, lepas satu-satu cerita yang disampaikan oleh kawan-kawab membuatkan Budiey rasa kecewa dengan sistem bank kat Malaysia hari ini. Budiey tak bolehlah sebut bank yang mana satu. Siapa makan lada tu, dialah yang terasa pedasnya.
Semalam, sehari suntuk Budiey habiskan masa untuk menguruskan segala urusan di kaunter.
Kalaulah masalah urusan pengeluaran wang semasa bank off line ni boleh settle dengan menggunakan cara online atau internet kan best. Ni tidak, nak tak nak kena jugak beratur panjang dan ambil nombor giliran. Tunggu pun rasa macam berakar punggung. Lama betul!
Sesampai di tempat ambil nombor giliran, Budiey bertanyakan kepada pegawai perhubungan pelanggan.
Budiey: “Hari tu, saya ada buat aduan pasal pengeluaran duit secara offline tu, tapi sampai ke hari ni masih belum tak dapat lagi.”
PR Bank: “Bila encik buat pengeluaran tu?”
Budiey: “Tiga minggu lepas.”
Lalu PR tu tunjukkan Budiey di mana Mr. Wong tu berada. Mak aiiii, punyalah jauh. Ada dekat 6 meter dari tempat Budiey berdiri. Budiey cuba untuk bercakap secara personal dengan Mr.Wong. Tapi malangnya, Budiey hanya dibenarkan bercakap dari tempat kaunter. Biar benar! Nak tak nak terpaksalah guna suara yang agak tinggi dan kuat. Satu bank boleh dengar! Malunyaaa….
Mungkin ini satu strategi bank ni kot. Mungkin juga pihak bank mahu Budiey menyerah kalah. Oh tidak sama sekali, tak sekali-kali! Setelah membuang masa beratur panjang, tak mungkin nak pulang dengan kosong tanpa sebarang jalan penyelesaian.
Budiey cuba bertahan, tak perlu nak menyerah kalah dengan cepat. Lalu, alternatif lain ialah, mengajak pengurus bank tadi bercakap secara face to face. Padahal banyak ruang kat situ yang boleh dibuat tempat untuk berbincang.
Budiey: “Jauhnya kita bercakap ni. Encik, boleh tak kalau saya masuk ke dalam.”
Manager: “No problem, I can hear you from here.â€
Budiey: “Okay macam ni, masalah saya… saya nak tanya tentang pengeluaran yang saya buat masa bank offline pada 24 April lepas, sampai sekarang duit tu masuk-masuk lagi.â€
Manager: “Sorry encik, kami tak masuk campur urusan ni sebab ada pihak lain yang uruskan.â€
Dalam hati Budiey berteriak, ada ke dia cakap macam tu?
Budiey: “Mana boleh macam tu, bank lain tak macam ni. Kan kalau bank lain, buat secara offline pun kita still dapat ambil duit kat mana-mana bank yang ada aplikasi MEPS, kan?â€
Manager: “Tak boleh encik! (Nadanya agak keras dan tegas.” Wajahnya dah mula serius dan merah seperti nak marah.Tak profesional langsung.)
Budiey: “Ish, gila ah! Ni dah kes nak mendera pelanggan namanya nih. Dah dekat sebulan saya tunggu tapi duit tu tak masuk jugak. Dahlah duit saya kena songlap sebab pada masa keluar duit kat machine ATM tu Budiey cuba buat dua kali pengeluaran. Jadi double la duit lesap! Bukan itu aje, charge pulak dikenakan sebanyak RM2 !” (Nada suara dah tak boleh tahan dah masa tu. Naik angin terus. Kalau orang penyakit darah tinggi ni dah lama naik darah ke paras maksima.
Asyik nak makan duit je bank nih!
Jauh di sudut hati, Budiey harap pihak bank yang masih mengamalkan gaya kuno ni sedar diri sikit sebab kita hidup di zaman yang serba canggih. Kena bertindak cepat dan tepat. Takdelah nak membuang masa dan merugikan pelanggan sendiri.
Manager: “Okay, encik bertenang ya. Rileks. Boleh kasi saya kad bank, encik?â€
LOL! Baru nak minta kad bank. Tadi kata tak boleh tolong?
Setelah 10 minit tunggu, manager ni memanggil saya semula.
Manager: “Kami dah contact HQ, encik kena tunggu dalam masa 15 hari bekerja lagi. Kalau tak masuk jugak duit tu, datang semula ke bank.”
Fuh! Giler lama!
Tak puas hati betul dengan cara diorang ni settle masalah. Nak kena tunggu lama. Tu yang lecehnya tu.
Moral of the story, korang kena ingat, kalau ada bank yang kita guna tu ada masalah di ATM seperti off line, jangan sekali-kali cuba cucuk kat bank-bank lain. Tak pasal-pasal duit kita kena telan. Macam kes ni lah, nak dapat balik duit tu bukan sehari dua ye, makan sebulan jugak!
Jadi, kembali pada isu kat atas tadi… Can Banking Be Better?
Kebelakangan ini, bukan satu dua cerita yang tak sedap didengar tentang ‘banking’. Mungkin ramai lagi khususnya pembaca di luar sana mengalami nasib yang sama.
Tadi, semasa borak-borak lepas geram dengan kawan kat Facebook, Budiey disarankan untuk lepaskan geram di laman web yang Budiey rasa baru je dibina untuk sesiapa sahaja yang tak puas hati dengan urusan bank.
Kepada pembaca semua, sila layari : www.canbankingbebetter.com