Berita gembira itu telah dikongsi menerusi laman Instagram milik Adrian, syarikat produksinya, Act 2 Pictures Sdn Bhd serta laman Instagram milik Syamsul Yusof.Â
Seperti yang dinyatakan, projek itu merupakan sebuah filem aksi dan kali ini Adrian memilih Syamsul sebagai peneraju utama.
Tidak dinafikan bahawa genre aksi adalah kepakaran dua pengarah tersohor ini dan peminat mula menjangkakan ia bakal menjadi sebuah filem hebat.
Walau bagaimanapun, buat masa ini butiran lanjut mengenai filem itu masih belum didedahkan, termasuk judulnya memandangkan ia masih dalam fasa pra-produksi.
Dalam perkembangan lain, Adrian kini menjadi penolong pengarah kepada pelakon Hairul Azreen yang buat kali pertamanya duduk di bangku pengarah bagi filem seram “Ada Hantu”.Â
Semoga sukses!