in

Admin IG Noor Kartini Tampil Mohon Maaf Selepas Komen Sinis Terhadap Sultan Johor

Semalam tular di media sosial mengenai ibu selebriti terkenal Neelofa, Datin Noor Kartini selepas memuatnaik status sinis di laman Insta-story nya terhadap kenyataan Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia (DYM) Sultan Ibrahim Iskandar sekaligus mengundang kemarahan orang ramai.

Bagaimanapun, Kartini menerusi hantaran terbaharu menjelaskan bahawa status tersebut berlaku disebabkan kecuaian salah seorang pekerja yang merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd yang tidak sengaja memuatnaik di akaunnya.

Zulshafiqah Mohon Maaf

Terbaharu, pengurus sosial media Kartini yang dikenali sebagai Zulshafiqah Zulkafli tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Instagram nya.

Dalam hantaran itu, Zulshafiqah memohon maaf terutamanya kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Johor dan kerabat diraja Johor serta Kartini dan seluruh ahli keluarganya berikutan tidak sengaja berkongsi tangkap layar tersebut di laman Insta-Story usahawan itu.

Malah Zulshafiqah turut mendedahkan bahawa status di tangkap layar tersebut bukanlah ditulis olehnya mahupun Kartini, sebaliknya diambil dari pihak lain sebelum dikongsi di sosial media untuk rujukan peribadinya.

NOOR KARTINI

Pada petang Ahad, tangkap layar yang dimuat naik menggunakan akaun peribadi milik Kartini hangat diperkatakan. Dalam masa yang sama, Kartini juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail bagi menjelaskan perkara sebenar selain sedia untuk memberikan kerjasama sepenuhya kepada pihak polis.

Warganet Dakwa Mesej WhatsApp Seolah Dibuat-Buat

Nampaknya, drama terbaharu dalam keluarga Neelofa kini memasuki episod lain apabila berlaku pertikaian di antara ibunya, Datin Noor Kartini dan Sultan Johor. Dalam satu posting yang dimuat naik, Kartini telah mempersoal kenyataan Sultan Johor mengenai sekatan perjalanan dan meminta untuk Yang di-Pertuan Agong membubarkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada 12 Januari lalu.

“Kalau prihatin, suruhlah Agong (Yang di-Pertuan Agong) batalkan darurat! Cakap je lebih!” tulisnya.

Mesej tular terbabit turut mendapat perhatian Tunku Idris apabila tangkap layar kenyataan Kartini itu dimuat naik di media sosial milik Tunku Idris.

Tidak lama selepas itu, Kartini tampil membuat kenyataan menjelaskan bahawa apa yang berlaku disebabkan kecuaian seorang pekerjanya yang mempunyai akses kepada media sosial Instagram miliknya.

NOOR KARTINI

Berikutan daripada itu, Kartini turut membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail berhubung perkara tersebut dan akan memberikan kerjasama penuh untuk sebarang siasatan kelak.

“Kepada Istana Negeri Johor terutamanya DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga diraja, patik merafak sembah memohon maaf atas kecuaian yang terjadi,” katanya lagi.

Siasatan Warganet

Tak lama selepas itu, segelintir warganet mula menyiasat dakwaan Kartini yang menyalahkan kecuaian pekerjanya. Sebahagian daripada netizen mendakwa bahawa screenshot mesej menerusi WhatsApp yang dikongsi oleh Kartini adalah palsu dan seolah-olah beliau sendiri yang menghantar mesej tersebut.

Melalui siasatan yang dibuat oleh warganet di laman Twitter, mesej WhatsApp tersebut seolah-oleh dibuat bagi menutup dakwaan salahnya sendiri. Tambah warganet lagi, tangkap layar terbabit adalah mesej yang ditulis sendiri oleh Kartini dari segi lenggok bahasa, ejaan dan penggunaan dua titik dalam setiap ayat.

Sebahagian warganet pula menyatakan bahawa tidak logik jika isu besar yang melibatkan Sultan Johor dibincangkan menerusi WhatsApp dan bukannya panggilan telefon.

Pengurus Media Sosial Tampil Mohon Maaf

Terbaharu, seorang wanita dengan nama Zulshafiqah Binti Zulkafli tampil membuat permohonan maaf dan mengaku bahawa beliau adalah Pengurus Media Sosial Instagram Noor Kartini. Dalam satu kenyataan yang dimuat naik, beliau meminta maaf kepada tiga pihak iaitu Yang di-Pertuan Agong, DYMM Tuanku Sultan Johor dan Noor Kartini sendiri.

“Saya secara jujur ingin menjelaskan keadaan sebenar yang telah berlaku. Saya merupakan Pengurus Media Sosial akaun Instagram Datin Noor Kartini telah tersilap memuat naik tangkap layar.

“Tangkap layar tersebut adalah bertujuan untuk rujukan saya sahaja, tiada sebarang niat untuk dimuat naik di Instagram Datin Noor Kartini mahupun Instagram peribadi saya,” katanya.

“MEREKA MEMANG ADA AKSES AKAUN INSTAGRAM PERIBADI BOS” – ROSIX OMAR

Selebriti media sosial dan rakan baik kepada keluarga Datin Noor Kartini Noor Mohamed, Rosix Omar mendedahkan bahawa memang ada sebilangan kakitangan Noor Kartini mempunyai akses kepada Instagram peribadi usahawan itu.

Hal tersebut dikongsikan menerusi Instagram Live yang dikelolakannya semalam.

“Benda tu bukan dia buat, staff dia buat. Benda tu bukan Mama Rimau (Noor Kartini) buat.

“Macam ni, mereka memang ada akses untuk Instagram bos-bos mereka. Memang benda tu basic.

“Ya, anda kena percaya benda tu bukan daripada Mama Rimau. Penulisan itu pun bukan daripada dia. Memang mereka (kakitangan) ada akses personal Instagram. Rosix sendiri ada orang jaga,” katanya.

Terdahulu, kecoh di laman media sosial apabila satu hantaran berbentuk tangkapan layar mengenai sistem Raja Berpelembangaan di Malaysia tular dan ia dimuat naik menggunakan akaun peribadi milik Kartini.

Menurut Kartini, pengurus media sosial yang memiliki akses ke akaun Instagramnya memuat naik tangkapan layar tersebut tanpa sengaja.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MPB Umum Pelantikan Pengurusan Kanan Rangkaian Radio RIPPLE

Ada Diskaun! Grab Malaysia Menyokong Program Vaksinasi Untuk Warga Emas