Sejajar dengan perkembangan industri hiburan tanah air yang semakin berkembang, majlis berprestij Anugerah Skrin 2008 (ASK 2008) memilih tema ’Berlian’ simbolik kepada sumbangan artis dan karyawan yang diibaratkan seperti berlian yang tidak ternilai harganya. Majlis yang memberikan pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air ini akan berlangsung pada 7 November 2008, jam 9.00-11.30 malam bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra yang dibawakan secara langsung oleh TV3.
Antara selebriti dan VIP yang hadir
Bagi para peminat yang ingin menyaksikan acara gemilang ini boleh mendapatkan tiket di Balai Pengawal Sri Pentas mulai 22 Oktober 2008. Namun, bagi mereka yang tidak mempunyai kelapangan untuk menghadirkan diri di majlis ini, selain daripada menonton di TV3, penonton boleh melayari laman web www.tv3.com.myyang akan membawakan klip menarik di sebalik tabir, kemeriahan hamparan merah dan penyampaian anugerah secara langung.
Semestinya pelengkap bagi anugerah tersohor ASK 2008 antaranya ialah gandingan pengacara yang berkaliber untuk memastikan kelancaran majlis ini. Setelah melalui saringan, ASK 2008 memilih pengacara, pelakon dan pengarah berbakat, Adlin Aman Ramli beriringan bersama personaliti TV3 yang kini mengacarakan Majalah Tiga, Nurul Syuhada sebagai pengacara majlis.
ASK 2008 tidak pernah sunyi dengan persembahan-persembahan hebat daripada selebriti terkenal tanah air yang tidak mahu ketinggalan memeriahkan lagi malam anugerah. Antara artis yang membuat persembahan di pentas pada malam tersebut ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Jacqueline Victor, Adibah Nor, Lah, Noryn Aziz dan Nicky. Nantikan kemunculan istimewa daripada dramatis tanahair iaitu Ery Putra, Adi Putra, Emelda Rosmila dan Faradhiya yang buat
pertama kalinya bergandingan menyampaikan medley istimewa sambil berdansa di bawah tunjuk ajar kareografi terkenal, Sazlan Mat Adnan dan Pat Ibrahim Persembahan mereka akan diiringan oleh kumpulan muzik bimbingan pengarah muzik terkenal, Aubrey Suwito.
Ada persembahan oleh Noryn Aziz
Anugerah Skrin 2008 bakal mempertandingkan 22 kategori berbanding 20 kategori tahun lepas meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman. Apa yang menariknya, Anugerah Skrin kali ini menyaksikan 2 lagi kategori diperkenalkan bagi kategori filem iaitu Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Secara keseluruhan, 9 kategori dipertandingkan bagi kategori drama, drama rantaian dan drama komedi, 7 kategori dari filem dan 6 kategori bagi penerbitan dalaman.
Calon-calon yang dipertandingkan untuk 22 kategori ini terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2007 hingga 30 Jun 2008 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen mengikut ‘genre’ masing-masing. Untuk kategori drama yang dipertandingkan, siaran ulangan drama-drama tersebut ditayangkan di slot Cerekarama bermula dari 16 Ogos hingga 26 Oktober 2008.
Nubhan turut mempersembahkan dua buah lagu. Ada Untuk mu… BEST bangat!
Jika tahun lalu tiada penerima Anugerah Khas Juri, namun ASK 2008 meneruskan tradisi di mana Anugerah Khas Juri akan dinobatkan kepada penerima bertuah yang akan diumumkan pada malam tersebut. Manakala, Anugerah Pantene Shine merupakan anugerah khas oleh pihak penaja, Pantene turut dipertandingkan di mana pemenang bakal menerima sebuah trofi. Raja Farah (2006) dan Fouziah Gous (2007) pernah mengungguli trofi tersebut, untuk ASK 2008 calon-calonnya ialah Jue Aziz (Jangan Main Belakang), Ayu Raudah (Pulanglah Di Aidilfitri), Wan Sharmila (Abang Mak Panggil Balik), Carmen Soo (Ghost) dan Sherry Ibrahim (Elly).
Para penonton boleh mengundi calon-calon Anugerah Pantene Shine dengan menghantar pesanan ringkas yang dikenakan bayaran sebanyak RM0.50 mulai 19 Oktober 2008 hingga 7 November 2008, jam 4.00 petang. Cara-cara untuk mengundi seperti berikut:-
Taip SHINE <jarak> KOD NAMA ARTIS dan hantar ke 33399.
JUE – Jue Aziz
AYR – Ayu Raudah
WNS – Wan Sharmila
CMS – Carmen Soo
SHR – Sherry Ibrahim
Cth: SHINE <jarak> JUE
Seperti tahun lalu, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur juga turut menjemput stesen televisyen RTM dan ASTRO untuk sama-sama menyertai anugerah yang berprestij ini. Kesemua rangkaian televisyen ini layak untuk menghantar penyertaan bagi terbitan drama dan terbitan dalaman yang pernah disiarkan di stesen televisyen mereka untuk merebut anugerah bagi kategori yang dipertandingkan mengikut syarat yang telah ditetapkan. Penyertaan dari rangkaian Prima dari kumpulan Astro juga menambah kemeriahan dalam Anugerah terulung ini.
Program istimewa sempena ASK 2008 iaitu Prelud Anugerah Skrin akan menemui penonton pada hari Rabu, 29 Oktober 2008, jam 6.00 petang. Pengacaranya, Fouziah Gous akan bersama-sama penonton untuk berkongsi tips mengenai fesyen menarik yang sesuai untuk digayakan pada malam gemilang ASK 2008, persiapan yang dilakukan oleh tenaga produksi Anugerah Skrin 2008, debaran dan harapan para finalis menjelang malam tersebut.
Dato’ Amrin Awaludin
Menurut Dato’ Amrin Awaludin, Ketua Pegawai Eksekutif TV3, “Anugerah Skrin sudahpun memasuki tempoh usia matang di mana ianya dinanti-nantikan oleh para karyawan dan artis tanah air untuk menjulang nama mereka setelah berhempas pulas memberikan yang terbaik untuk industri. Pemilihan Adlin Aman Ramly sebagai pengacara majlis tersebut merupakan pilihan yang sesuai berdasarkan pengalaman dan kredibiliti beliau sebagai penghibur berbakat. Pihak kami yakin, disebalik usia muda dan masih ‘hijau’ di dalam bidang pengacaraan, Nurul Syuhada mampu untuk mengalas tanggungjawab yang besar ini berdasarkan kepetahan dan karisma yang ditonjolkan oleh beliau.”
Stesen Radio Hot Fm merupakan stesen radio rasmi, manakala Pantene merupakan penaja utama Anugerah Skrin 2008.
Ini dia pasangan pengacara. Agak-agak happening ke diorang ni?
Pelanduk dua serupa? Kembar? Serupa tapi tak sama? Ooo Wateva!