Setiap tahun, pasti ada sahaja berita kurang enak mengenai Persatuan Seniman ini. Kali ini, Adlin Aman Ramli sebagai Juru Audit persatuan itu mulai mengutuk Presiden persatuan itu di laman Twitter.
Segalanya berpunca apabila Zed Zaidi selaku presiden persatuan telah membuat laporan polis terhadap bendahari persatuan iaitu Vanidah Imran kerana melarikan buku cek milik Seniman.
Adlin telah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Zed Zaidi sehingga menggelarnya sebagai bodoh. Ikuti tweet yang dikeluarkan Adlin di bawah:
Ini pula jawapan daripada Zed Zaidi berkenaan dengan tindakannya membuat laporan polis
Sejak barisan ahli baharu ini dipilih sebagai anggota jawatankuasa, memang agak rumit menguruskan persatuan kerana kebanyakkan mereka pelakon terkenal. Baguslah mereka semua bersemangat untuk berpersatuan.
Bila ramai sangat yang tinggi ilmu lakonan apa yang saya lakukan sentiasa dipersoalkan dan dicari salah. Kalau mereka mahu jadi presiden, dahulu semasa pemilihan kenapa tidak mahu bertanding dan letak nama mereka.
Seniman ini sahaja persatuan yang susah kerana banyak sangat orang yang kaki bantah berbanding yang betul-betul nak buat kerja.