in ,

Adira Nafi Bertunang Dengan Shahrul Nasrun

Dunia hiburan Malaysia masih kecoh dengan spekulasi penyanyi Adira dikatakan telah bertunang dengan Shahrul Nasrun Kamarudin, orang kuat kepada Khairy Jamaluddin. Namun, pada hari ini, melalui sebuah portal, Adira telah menafikan dia telah bertunang dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia (GBG1M) iaitu Shahrul Nasrun Kamarudin.

[dropcap]M[/dropcap]enurut Adira, macamana nak bertunang sebab mereka hanya berkawan baik sahaja sekarang ini. Adira mengaku dia baru berkenalan beberapa bulan lalu dan terkejut apabila dikatakan akan kahwin dalam masa terdekat ini.

“Nak tergelak saya apabila orang kata kami akan bertunang dan nak berkahwin. Mana ada, kami baharu saja kenal. Peliklah apabila masih ada segelintir individu yang membuat spekulasi dan andaian tanpa usul periksa.”

Bagaimanapun tambah Adira, dia mengakui bahawa Shahrul adalah lelaki yang paling rapat dengannya dan sedang mengenali hati budi masing-masing, cuma perhubungan itu masih lagi belum sampai ke tahap yang serius.

“Kami masih mengenali diri masing-masing. Belum serius, tetapi melihatkannya cukup serius dalam kerja dan sering membantu golongan yang susah membuatkan saya tertarik dengannya.”

Pada minggu lalu, Adira heboh dikaitkan dengan Shahrul apabila penyanyi itu sering memuat naik foto mereka berdua di laman sosial Instagram. Lebih menjadi tanda tanya pada semua, apabila pereka fesyen Ezuwan Ismail pula memuat naik foto Adira dan Shahrul yang sedang menempah baju dengan tulisan status ‘Baru selesai berbincang dengan Adira dan Shahrul persediaan untuk…’.

Beritahu Adira, ramai yang salah faham berkenaan status yang ditulis Ezuwan kerana tujuan dia dan Shahrul menempah baju adalah bagi menghadiri majlis perkahwinan pereka fesyen itu di Kelantan yang bakal berlangsung pada Hari Raya ketiga.

“Jadi memandangkan Shahrul juga berasal dari Kelantan, maka saya beraya sekali di rumah keluarganya. Dan saya pula akan bercuti selama dua minggu untuk pulang ke kampung di Sabah sebelum bertolak ke Kelantan.”

Dalam perkembangan lain, Adira bakal muncul dengan sebuah single lagu baharu selepas sambutan Aidilfitri nanti dan akan keluar dengan album penuh yang memuatkan sebanyak 10 buah lagu pada akhir tahun ini. Sumber : Mstar Online

Budiey pun tak sabar mahu ke majlis nikah pereka fesyen Ezuwan Ismail. Ezuwan ni memang baik juga dengan Budiey sebab pernah 3 tahun lalu, Ezuwan menaja baju raya untuk Budiey dan isteri. Terima kasih, Ezuwan. Tahniah sebab dah nak melangkah ke fasa yang baru tak lama lagi.

Adira

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Drama Muzikal Glee Cory Monteith Ditemui Mati

Program On Air Musim Kedua Bakal Disiarkan