adidas Body Care Lancarkan “Pertandingan Futsal adidas EXTREME POWER 5’s”
Sempena pelancaran Wangian adidas Extreme Power Edisi Khas di Malaysia
adidas Body Care dengan bangganya membawakan Pertandingan Futsal adidas EXTREME POWER 5’s yang diadakan sempena pelancaran wangian lelaki terbaru adidas, Extreme Power Special Edition.
Dua pasukan yang berjaya memasuki pertandingan akhir di Malaysia, Bertam Ulu FC dan Bond Thugs akan bersaing dengan empat pasukan lain di pusingan akhir di Singapura untuk merebut peluang menyaksikan perlawanan Real Madrid dan memenangi hadiah bernilai RM120,000.
Pengurus Besar Coty Beauty Far East Export, En. Fons Houtkamp yang hadir di pelancaran rasmi Pertandingan Futsal adidas EXTREME POWER 5’s berkata “Kami amat gembira dengan pertandingan pada hari ini kerana para penonton teruja menyaksikan segala aksi dan keseronokan, sebagaimana peserta kami yang bersaing untuk melayakkan diri ke pertandingan akhir!”
“Menerusi landasan pertandingan serantau yang unik dan tersendiri ini, kami berhasrat untuk berganding bahu dengan belia dari negara ASEAN untuk membentuk perwatakan, kerjasama sepasukan dan kepimpinan. Pada asasnya, golongan belia bandar di ASEAN merupakan sumber bakat yang besar dan futsal mencerminkan keperibadian mereka dalam pelbagai cara; ligat, menyeronokkan, dan bertenaga,” tambah Fons.
Pertandingan bermula dengan lapan pasukan futsal amatur yang bersaing hebat dengan harapan untuk muncul Juara dan Naib Juara bagi mewakili Malaysia di pusingan akhir di Singapura. Pasukan Capitos dan Green Hornet yang kecundang tempat keitga dan keempat membawa pulang hadiah menarik termasuk baucar tunai daripada gedung pakaian adidas dan hamper produk adidas Body Care. Di samping itu, satu perlawanan persahabatan antara peminat blogger bertuah dan selebriti tempatan, Zahid, Ben Ibrahim, Steve Yap dan Alan Yun telah diadakan sebelum pertandingan kelayakan serantau yang mendebarkan ini.
Dalam pada itu, tetamu undangan dan anggota media berpeluang menyaksikan pelancaran rasmi adidas Extreme Power Special Edition, wangian bertenaga yang diwakili oleh juara bola sepak tersohor Zinédine Zidane. Selepas melancarkan produk, Fons menjelaskan bahawa “Extreme Power” merujuk kepada pengalaman atlet sebelum dan semasa perlawanan bola sepak – tumpuan penuh, naluri dan daya usaha 100% untuk memenangi perlawanan.
Ketua Unit Perniagaan – Fragrance StarAsia Malaysia Sdn. Bhd., pengedar tunggal adidas Body Care di Malaysia, En. Sam Wong menambah, “Wangian adidas Extreme Power Special Edition disokong oleh kempen media lengkap yang memaparkan bintang bola sepak terkenal Zinédine Zidane. Dengan pengalaman luasnya di padang, memang wajar jika bekas juara Piala Dunia dan Euro menjadi jurucakap yang dicipta sebagai penghormatan kepada pertandingan bola sepak terunggul!”
Pusingan akhir adidas EXTREME POWER 5’s Futsal yang dinanti-nantikan bakal mempertemukan dua pasukan pemenang dari setiap negara Malaysia, Indonesia dan Singapura untuk bersaing merebut kejuaraan pada 23 Jun 2012. Pasukan yang menjuarai pertandingan akhir akan menerima peluang sekali seumur hidup – lawatan yang ditaja ke Sepanyol, sesi latihan oleh salah satu jurulatih kelab bola sepak bertaraf dunia, Real Madrid, tiket VIP untuk menyaksikan perlawanan Real Madrid secara langsung dan juga wang tunai SGD7,000.
Dengan haruman yang mengusik perasaan dan aroma kayuan yang semerbak, adidas Extreme Power Special Edition ialah wangian yang nyata menyerlahkan keperibadian lelaki jati. Dengan haruman imbasan lemon, bergamot dan galbanum serta aura sitrus yang ceria, adidas Extreme Power Special Edition memaparkan tenaga dan kesegaran.
Sentuhan moden dalam bentuk aroma kopi yang hebat melengkapi haruman utama geranium dan epal granny smith, ibarat pembakar tenaga. Akhirnya, haruman dasar minyak nilam dan kekacang tonka hangat diselubungi adunan kayu cendana dan sedar putih untuk menonjolkan keperkasaan lelaki yang bertenaga. adidas Extreme Power Special Edition memberikan keyakinan yang diperlukan oleh jejaka muda untuk mencurahkan tenaga dan menyerlahkan semangat kejuaraan mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pertandingan Futsal adidas EXTREME POWER 5’s, sila kunjungi www.adidas-extremepower.com.
Mengenai Haruman adidas Extreme Power Special Edition
Haruman Imbasan: Lemon, Bergamot dan Galbanum.
Haruman Utama: Geranium, Epal Granny Smith dan ekstrak Kopi.
Haruman Dasar: Kayu Sedar Putih, Nilam, Cendana Australia dan Kekacang Tonka.
Pembuat Wangian: Givaudan
Pek Tunggal
Eau de Toilette 100ml RM42.90
Eau de Toilette 50ml RM25.90
Semburan Badan Deo 150ml RM15.90
Bebuli 50ml RM9.90
Pek Promo
Eau de Toilette 50ml + Bebuli 50ml RM29.90
Eau de Toilette 50ml + Semburan Badan Deo 150ml RM34.90
Eau de Toilette 100ml + Semburan Badan Deo 150ml GWP Premium RM52.90
Rangkaian:
Wangian adidas Extreme Power Edisi Khas di Malaysia boleh didapati di seluruh negara bermula Mei 2012 di Carrefour, Giant, Guardian, Jusco, Parkson, Tesco, Watson serta kedai farmasi dan pasar raya utama lain.