in

Adidas Action 3 Roadshow Sungguh Happening

Kalau korang selalu shopping kat Mid Valley Megamall, Budiey pasti korang akan perasan pada 2 September hingga 6 September yang lalu, ada berlangsung Roadshow Adidas Action 3 kat situ.

Kalau tak perasan tak tahu la sebab logo Adidas punyala besar gabak tertayang kat situ. Budiey harap takde yang keliru, sebab mungkin ramai yang kata booth Adidas kat sini ada jual pakaian dan peralatan sukan.

Yea, itu yang berlaku kat Budiey dulu, memang Adidas ni jenama untuk kasut dan pakaian sport kan… tapi sekarang tak lagi sebab Adidas dah keluarkan produk untuk penjagaan badan termasuklah pewangi badan!

Yelah, kira bersangkut paut jugaklah. Lepas korang bersukan tu, korang boleh mandi dan wangikan seluruh badan korang, betul tak?

Pada 5 September lalu, Budiey sebagai salah seorang blogger yang terlibat dengan projek ini telah dijemput untuk join bagi memeriahkan lagi roadshow Adidas Action 3 bersama dengan 6 orang lagi blogger. Budiey hadir seorang diri aje sebab wife ada jemputan lain masa tu. Memang happening bila ramai-ramai berkumpul dan games sama-sama.

Kalau pembaca semua nak tahu, Adidas sebagai penaja utama Project Alpha musim pertama telah melancarkan produk terbarunya iaitu Action 3 di Lower Ground Centre Court, Mid Valley.

Macam-macam produk ada dijual dengan harga yang murah dan berpatutan kat Roadshow ni. Produk penjagaan diri dari rambut hingga ke kaki. Ada shampoo, ada scrub badan, ada deodorant (pewangi ketiak) dan ada shower creme~!

Okay, suka Budiey letak gambar produk ni… kasi korang lebih jelas…

Ada produk deodorant yang membuatkan korang rasa selesa dan wangi sepanjang masa walaupun berpeluh~!

Ini produk untuk wanita ya~

Ini dia salah satu produk Action 3. Memang berkesan sebab Budiey dah terpaut untuk guna.

Tambahan pula, untuk korang yang beli produk sebanyak RM45 atau lebih, korang dapat berpeluang main games dan juga memenangi banyak hadiah seperti bag, pewangi dan sebagainya.

Untung nasib boleh menang besar. Pada yang tak datang shopping kat sini memang rugi lah.

Ada dua jenis games ada… iaitu Fussball dan baling bola macam bola bowling ni… 

Terus terang cakap, masa diberikan hamper set produk Adidas Action 3 pada Majlis pelancaran Alpha Project, Budiey dah cuba pakai dan ternyata memang berbeza sangat dengan produk yang lain. Memang lah, tengoklah jenamanya. Ada mutu dan kualiti yang tidak boleh pertikaikan lagi. Korang patut cuba.

Di roadshow itu, Budiey tengok ramai lelaki mahu pun wanita berminat untuk mencuba produk ini. Cuba-cuba jugak, tapi yang wajibnya… korang kena dapat rasai perbezaannya. Belum cuba, belum tau~!

Ada perlindungan bukan seminit dua ya… tapi 24 jam~! Dan banyak lagilah keistimewaan produk ni. Yang penting sekarang korang cuba dulu. Baru tau…

Tak lama pusing-pusing, Budiey mendengar dulu taklimat ringkas dari penaja… Adidas tentang serba sedikit tujuan roadshow ni diadakan kat situ. Yea, untuk mewujudkan kesedaran orang ramai tentang keperluan mereka menjaga kesihatan diri.

Ini dia wakil dari Adidas, sedang bercakap dengan hos Alpha Project, Jojo Struys.

Kemudian, kami semua ditayangkan dengan trailer dan sedutan dari Project Alpha yang telah dishooting tak lama dulu. Korang jangan lupa tonton okay… mulai 18 September ni.

Selepas tayangan trailer, ada perlawanan foosball. Hehe… korang mesti tak percaya kalau Budiey kata, ini adalah pertama kali Budiey main benda alah ni… Tapi percayalah, permainan sangat menyeronokkan. Enjoy beb~!

Pusingan pertama, Kenny Sia dan Jojo Struys telah menentang team Nicolekiss. Hasilnya diorang kalah teruklah. Dan Budiey berganding dengan Redmummy telah mengalahkan Sixthseal dan Fourfeetnine. Hehehe… kira okay la… see the leg la ~

Dan pusingan akhirnya… pasukan Budiey telah menentang pasukan Kenny Sia.

Pergh sangat dahsyat sekali sebab perlawanan susah nak diduga. Yang penting, kami berpeluh pun tetap harum sebab dah guna Action 3.

Bersungguh-sungguh ni, tak nak la kalah. Kalau kalah, buat malu aje.

Senyuman si kalah~ Huhu~

Dan…. akhirnya… pasukan Budiey tewas jugaklah.. nak buat macamana, sistem pertahanan tak kebal.

Selesai perlawanan, ada majlis penyampaian hadiah. Yang kalah semuanya dapat hamper jugaklah.

Kami juga semuanya diberikan voucher RM100 untuk ditukarkan kepada produk Action 3… pergh kira banyak jugak tu.

Budiey dah pilih ikut keperluan sebenarnya. Memandangkan kat rumah dah banyak produk deodorant Adidas, jadi kali ini Budiey telah menukarnya dengan produk mandian, sabun dan massage.

Bekalan untuk setahun ni… Terima kasih banyak Adidas sebab sudi menaja Budiey~!

Akhir sekali… kami berpeluang untuk buat tekan buzzer bertuah… kira ni dah Pro Level ni… so tunggu jela lampu tu berhenti di nombor mana… Dan masa Budiey tekan butang tu… lampu berhenti di nombor 5.

Yeay~! Budiey dapat perfume ni…. Dah cuba… memang wangian ni harum tapi sikit soft la. Sesuai untuk perempuan sebenarnya. Jadi, Budiey pulang kasi kat isteri. Dia sangat suka~!

Dan kami bergambar sebagai kenangan. Senyum sampai ke telinga semua~!

Masa ni dah nak masuk waktu berbuka. 6.45 petang dah… sekejap je rasa. Kemudian, kami pun beramai-ramai pergi ke restoran Alexis Kitchen di The Garden untuk makan malam dan berbuka puasa (bagi yang beragama Islam ).

Budiey duduk bersebelahan dengan boss Nuffnang. Timothy Tiah~! Time ni la nak borak-borak sikit, cakap pasal blog.

Kira ramai gak la dinner hari tu. Masa ni lah nak sembang-sembang dan berkenalan.

Budiey tengah tunggu makanan tiba. Sempat lagi moderate komen di budiey.com

Bagi Budiey, makanan kat Alexis sangat sedap dan juga ada kelainan sikit sebab food kat sini fusion dan ala western sikit. Tapi makanan tempatan seperti nasi pun ada gak sebenarnya.

Starter dengan semangkuk salad.

Dan ini… cuba teka Budiey makan apa ni:? Hehehe… lazat sehingga menjilat tulang tu…

Selesai makan dan duduk jap, Budiey pun minta diri untuk pulang.

Yang penting, rasanya semua have fun dapat join roadshow Adidas Action 3. Budiey percaya, ramai  yang tak sabar nak tengok Project Alpha – yang akan menjadi Online TV Show pertama yang melibatkan blogger.

Dalam sehari takde la banyak footagenya… ada 3 minit aje. Istimewanya, bila dah jadi online show ni… kita dapat tengok ulangan program ni bila-bila masa aje. Dan, setiap blogger akan kasi tips macamana nak tulis blog dan kasi impak kepada blog anda tu.

Okay, Budiey tak nak cakap banyak, just stay tune di www.hitz.fm ya~!

Klik di sini www.adidas.com/action3 untuk info lanjut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pantun Lawak Hari Raya & Pantun Aidilfitri Yang Popular

Ucapan Pelakon Drama & Wartawan TV9