Akhirnya, Adi Putra mengakui dia memang intim dengan Fasha Sandha. Intim di sini bermaksud berkawan rapat. Adi juga mengakui bahawa gossip yang mengatakan seorang pelakon lelaki yang bersuami keluar dengan Fasha Sandha dan berkaraoke adalah dirinya.
“Saya mengakui, memang pernah ke karaoke bersama dia, tetapi pada waktu itu, isteri saya pun ada di situ. Jadi rasanya tidak ada sebarang masalah.”
Namun, menurut Adi, walaupun keluar dating dengan Fasha Sandha, dia masih ditemani oleh isterinya. Dikatakan juga, isterinya begitu berhati-hati dan mengawasi segala gerak geri Adi supaya tidak terpikat dengan pelakon seksi itu. Tidak disangkal memang isterinya juga akan berada di lokasi pengambaran untuk melihat dan menjaga Adi Putra.
“Kalau hendak berselindung, itu bukan diri saya. Jika isteri bertanya, saya akan menjawabnya. Tetapi sepanjang khabar angin melanda, isteri merupakan saksi saya,”