Pada 10 September lalu, pelakon Adi Putra telah dilantik menjadi duta produk Fereena Beauty Care di Tanjung Lounge Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur di Majlis Sidang Media Fereena Beauty Care Bersama Adi Putra. Adi Putra juga merupakan rakan kongsi kepada Encik Zulkifli Mohamad selaku pengarah urusan produk Fereena.
“Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa saya dipilih menjadi duta kepada produk wanita. Jawapan saya senang sahaja kerana wanita sukakan lelaki. Sejak saya mula bekerjasama dengan pihak Fereena sehingga sekarang, saya sudah menggunakan produk mereka selama dua bulan. Siapa kata lelaki tidak boleh gunakan produk yang dikhususkan untuk wanita. Kalau nak tahu, saya cuba semua produk yang ada di dalam Fereena. Alhamdulillah, sejak menggunakannya ia memberikan kecergasan di dalam diri saya.”
Adi Putra adalah duta pertama lelaki bagi produk kecantikan wanita. Selepas ini, pihak Fereena dan Adi merancang untuk menghasilkan pula produk yang diberi nama Papa & Son.
Sementara itu, ramai media yang hadir pastinya akan bertanyakan tentang isu kontroversi yang hangat dibiacarakan di media sosial. Hampir seminggu berdolak-dalik berhubung dakwaan skandal dengan isteri orang, pelakon terkenal Adi Putra menegaskan dia langsung tidak mengenali wanita bernama Aida dari Johor yang dikaitkan dengannya. Kenyataan itu sekali gus menafikan mesej dan gambar-gambar lucah yang dikatakan dihantar menerusi aplikasi WhatsApp Messenger pada awal Ogos lalu lalu kepada Aida adalah miliknya.
Menurut Adi Putra, 32, pada awal Ogos lalu dia masih berada di Mekah kerana menunaikan umrah dan tidak mungkin dia boleh melakukan perbuatan tersebut.
“Secara jujurnya saya tidak mengenali wanita itu dan mana mungkin saya melakukan perbuatan itu di Tanah Suci.”
Komen anda?